Have an account?

KUNJUNGAN SRN KE PROGRAM MENGENANG TOKOH NEGARAWAN ALLAHYARHAM TUN ABDUL RAZAK

Thursday, April 1, 2010



Tanggal 28 Mac 2010, SRN UPSI menerima jemputan supaya memeriahkan lagi program anjuran UPSI di Dewan SITC. Terdapat ramai ahli SRN yang berkunjung ke program tersebut yang diketuai oleh Mohd Rezuan Hamzah yang berlangsung pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 11.00 pagi. Antara objektif program tersebut ialah memberi peluang kepada seluruh rakyat negara ini mengenali tokoh negarawan iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak. Selain itu, program ini mendorong dan menggalakkan pelbagai lapisan rakyat bersama-sama menghargai dan menjiwai jasa-jasa Allahyarham Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua dan juga sebagai 'Bapa Pembangunan'. Objektif seterusnya, meningkatkan perasaan kebersamaan dan bersatu padu dalam kalangan masyarakat Malaysia sejajar dgn aspirasi 1 Malaysia. Selanjutnya, ahli SRN UPSI menikmati sedikit makanan sebelum bersurai.

0 comments: