Have an account?

Bengkel Penerbitan & Informasi.

Sunday, April 4, 2010

Buat julung kalinya Unit Lensa Prima dan Terbitan Unggul di bawah Exco Penerbitan & Informasi menganjurkan satu program yang dinamakan Bengkel Penerbitan & Informasi berlangsung dengan jayanya. Program ini berlangsung pada 28 Mac 2010 bermula seawal 8.30 pagi hingga jam 1.00 tengahari. Objektif yang menjadi sasaran pelaksanaan program tersebut antaranya ialah dengan memberi pendedahan berkaitan dengan bidang tugas Unit Lensa Prima & Terbitan Unggul dalam memantapkan gerak kerja yang bermutu. Antara pendedahan yang dapat dikongsikan ialah cara-cara untuk menghasilkan banner, mereka design t-shirt, bunting serta membuat blog. Pelbagai input yang diberikan, semoga dapat dimanfaatkan bersama.

0 comments: