Have an account?

PROGRAM INTEGRASI ERAT & KHIDMAT MASYARAKAT "UNITY THROUGH DIVERSITY" bertempat di MELAKA

Tuesday, April 13, 2010



Pada 2-4 April 2010, seramai 10 orang wakil dari ahli SRN telah terpilih untuk mengikuti program kerjasama SRN UPSI dengan pihak BAKSAR UPSI yang bertempat di UTEM, Melaka. program tersebut turut digandingkan sekali dengan pihak PERMAS, Universiti Teknikal Malaysia, Melaka. Program tersebut adalah seliaan daripada kalangan anak-anak Sarawak.



Namun demikian, terdapat juga penyertaan dari Sabah dan Semenanjung. Sepanjang program banyak input-input yang menarik diperolehi disamping dapat mengenali dengan lebih dekat budaya masyarakat yang berbilang kaum. Antara aktiviti yang dilaksanakan seperti khidmat masyarakat di Kampung Tebong, program dengan pelajar sekolah dan rukun tetangga.


Sebelum berangkat balik ke UPSI, pihak UTEM telah membawa kami bersiar-siar melihat Bandar Bersejarah Melaka. Antara destinasi kunjungan kami seperti eye on Malaysia, A Famosa, Muzium yang terdapat sekitar bandar tersebut, menaiki beca, melihat persisiran Selat Melaka dan sebagainya.


Terdapat banyak khazanah yang bersejarah yang boleh dilihat di Melaka. Hal ini sekaligus melahirkan semangat patriotisme dalam kalangan peserta kerana melihat perjuangan yang telah dilakukan oleh pejuang-pejuang terdahulu.

0 comments: