Have an account?

PROGRAM SIRIH PULANG KE GAGANG

Saturday, September 17, 2011



Kenangan yang tidak dapat dilupakan kepada peserta yang menyertainya

Pihak Sekretariat Rukun Negara akan mengadakan program Sirih Pulang Ke Gagang untuk program Baktisiswa Perdana SRN, "Khidmat Masyarakat Mahasiswa Penyanyang" pada 2 oktober 2011 (Ahad). Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para peserta untuk bertemu kembali keluarga angkat dan merapatkan hubungan silaturrahim. Program sehari ini akan memberi peluang kepada para peserta untuk melepaskan rindu masing-masing disamping dapat beraya di rumah keluarga angkat.

Adik-adik angkat para peserta yang menyertai sukaneka

Untuk Pengetahuan semua, Program Baktisiswa Perdana ini merupakan program anjuran Sekretariat Rukun Negara UPSI dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) yang melibatkan ahli-ahli Sekretariat Rukun Negara daripada IPTA dan IPTS telah dijalankan pada 16-23 Disember 2010. Kepada semua peserta yang telibat dan berminat untuk menyertai program ini, anda diminta menghubungi saudari Aslinah (013-2809787) ataupun saudara Zul (017-7591772). Bayaran akan dikenakan hanya RM 25.

"SOKONGAN ANDA, KEBANGGAAN KAMI"

SENARAI NAMA AHLI SRN SESI 2010/2011



PERHATIAN KEPADA SEMUA AHLI SRN SESI 2010/2011, ANDA DIKEHENDAKI MENYEMAK NAMA DAN NO K/P ANDA (UNTUK TUJUAN SIJIL KEAHLIAN) YANG AKAN DITAMPAL DI PINTU BILIK SRN (BERSEBELAHAN BILIK SPRM) MULAI 19 SEPTEMBER 2011 BERMULA JAM 12.00 TENGAHARI. JIKA TERDAPAT SEBARANG KESALAHAN, ANDA DIMINTA MEMPERBETULKANNYA PADA RUANGAN YANG TELAH DISEDIAKAN DAN JIKA NAMA ANDA TERCICIR SILA MAKLUMKAN KEPADA KAMI DENGAN SEGERA. KAMI MENGHARAPKAN KERJASAMA DARIPADA ANDA SEMUA AGAR SIJIL KEAHLIAN INI DAPAT DISIAPKAN DENGAN CEPAT. JIKA TERDAPAT SEBARANG PERTANYAAN DAN MASALAH BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN SAUDARA MOHD REZUAN HAMZAH (YDP SRN) DI TALIAN 019-4429335/017-9121223.


"KOMITMEN ANDA, KEBANGGAAN KAMI"

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA


Kami daripada Barisan Kepimpinan SRN sesi 2010/2011 ingin mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kali ke-54 dan Hari Malaysia.

KEM PEMANTAPAN KENDIRI DAN KEPIMPINAN SRN (SURVIVAL LAUT) 5-7 APR 2011

Thursday, April 14, 2011

Pada 4/4/2011, pukul 11.00 p.m, 8 orang wakil daripada ahli SRNUPSI yang diketuai oleh saudara Azman Bin Ibrahim telah memenuhi jemputan ke kem pemantapan kendiri dan kepimpinan SRN (survival laut) anjuran SRNUMT dengan kerjasama JPNIN. Kami bertolak diiringi oleh pegawai UPSI atau merangkap penasihat SRNUPSI iaitu En Mazlan Bin Mamat dengan menaiki sebuah van Jabatan Hal Ehwal Pelajar UPSI. Seterusnya, kami sampai di Universiti Malaysia Terengganu pada pukul 8.00 a.m dan terus mendaftar sebagai peserta kem tersebut.

Pada pukul 10.00 a.m, kami bersama SRN IPT lain iaitu, IPG Kuala Terengganu, UMT, UNiZA, UPSI, UMP, KUIS, UTP, UNiKL, USIM telah bertolak ke jeti untuk menaiki feri ke Pulau Bidong dan tiba pada pukul 10.45 a.m. Perjalanan ke Pulau Bidong mengambil masa 45 minit. Setelah selamat sampai, kami diminta untuk mendirikan khemah masing-masing.
Objektif kem tersebut merujuk kepada menerapkan nilai-nilai kepimpinan melalui aktiviti yang dijalankan supaya dapat diaplikasikan dalam sebuah organisasi untuk menjadi lebih mantap dan berkesan.

LDK : Ice Breaking, Team Building & Modul SRN & Pengurusan Organisasi


Jejak Warisan : Peninggalan orang Vietnam (orang hanyut)

Tugu peringatan orang Vietnam di Pulau Bidong

Asas kayak

Kayak mengelilingi pulau

Water Confidence

Belajar cara-cara untuk berada di atas air dalam keadaan kecamasan

Snorkling seluas lautan sedalam 30 m



Pulau Bidong, menggamit memori setiap insan yang berkunjung di sana
Pulau Bidong, satukan SRN IPT





LAWATAN KE JPNIN & PERTANDINGAN BOWLING PERPADUAN DI PUTRAJAYA (18 MAC 2011)

Monday, April 11, 2011

Pada 18 Mac 2011 yang lepas, Sekretariat Rukun Negara (SRN) UPSI telah mengadakan program lawatan ke Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Kumpulan sasaran untuk menyertai Program lawatan tersebut ialah dalam kalangan barisan kepimpinan SRNUPSI. Oleh yang demikian, Program tersebut telah disertai seramai 38 orang barisan kepimpinan SRNUPSI termasuk ahli-ahli Sekretariat Rukun Negara UPSI yang lain. Program ini merupakan saranan Yang Di Pertua SRNUPSI bagi meningkatkan penghayatan dan menambahkan pengetahuan terutama sekali kepada barisan kepimpinan SRNUPSI berkenaan Rukun Negara selain dapat meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan mahasiswa tanpa tertumpu kepada pelajaran semata. Program lawatan tersebut berjalan lancar walaupun pada awalnya terdapat sedikit masalah teknikal iaitu kelewatan bas sebelum berangkat ke JPNIN namun semuanya dapat diatasi segera dengan adanya barisan kepimpinan yang cekap.


Setiba di bilik mesyuarat JPNIN tepat jam 3.30 petang, penceramah iaitu Puan Norazila selaku Pen. Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah memberi sedikit taklimat ringkas tentang sejarah penubuhan JPNIN dan Rukun Negara, apa itu Rukun Negara, objektif utama Rukun Negara, tanggungjawab sebagai ahli SRN, aktiviti SRN dan lain-lain lagi. Objektif utama program tersebut juga adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada peserta mengenai kepentingan dan keunikan Rukun Negara serta melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik, saintifik dan progresif serta bersatu-padu dan bersikap terbuka terhadap pelbagai cara hidup masyarakat yang pelbagai keturunan melalui penghayatan terhadap Rukun Negara sekali gus mengaplikasikannya dalam kehidupan.


Seterusnya, selepas taklimat dijalankan mahasiswa dan mahasiswi SRNUPSI juga diberi peluang mengajukan pelbagai soalan berkenaan tentang Rukun Negara kepada penceramah di mana penceramah juga turut dibantu oleh dua orang pegawainya iaitu En. Mohd Shahril dan En. Mohd Asyraf untuk menjawab pelbagai pertanyaan oleh peserta. Mahasiswa dan mahasiswi SRNUPSI kelihatan bersemangat semasa sesi soal jawab untuk memahami setiap perkara yang diterangkan oleh pihak JPNIN. Selain itu, pihak SRNUPSI juga berkongsi idea dan bertukar-tukar pendapat dengan pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional berkaitan program-program yang mampu meningkatkan pemahaman masyarakat amnya dan mahasiswa khususnya dalam memupuk semangat nasionalisme. Oleh itu, dengan adanya pengetahuan dan penghayatan yang tinggi terhadap rukun Negara maka dapatlah melahirkan masyarakat yang patriotisme dan dinamik terhadap negara.



Selanjutnya, setelah selesai taklimat tersebut Mahasiswa dan mahasiswi SRNUPSI berangkat ke Alamanda Putrajaya. Perlawanan bowling antara peserta SRNUPSI turut diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli jawatankuasa dan peserta yang terdiri daripada pelbagai semester dan kaum. Di samping itu, dapat memberi peluang kepada peserta SRNUPSI bersosial dengan menjalankan aktiviti riadah yang sihat selain dapat merehatkan minda dan melepaskan perasaan tekanan belajar serta memperlihatkan semangat kerjasama dan berpasukan antara setiap kumpulan.


Secara keseluruhannya, program tersebut telah meninggalkan banyak kenangan di samping memberi banyak manfaat kepada pelbagai pihak khususnya kepada peserta yang terlibat. Program ini juga turut mendedahkan para peserta sikap patriotisme, kerjasama, komunikasi, bertukar-tukar pendapat dan sebagainya. Diharapkan agar program sebegini dapat dijadikan wadah ilmu dan penyuntik semangat kepada warga SRNUPSI seluruh negara dalam memupuk semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang pelbagai kaum.


Program lawatan ke JPNIN tersebut telah meninggalkan banyak kenangan di samping memberi banyak manfaat kepada pelbagai pihak khususnya kepada peserta SRNUPSI yang terlibat. Program ini mendedahkan para peserta kepada sikap toleransi, kerjasama, komunikasi dengan masyarakat, cara hidup di kawasan kampung dan sebagainya telah menjadikan program tersebut menjadi satu platform penghubung semangat perpaduan serta kasih sayang dalam kalangan peserta dan penduduk kampung. Diharapkan agar program sebegini dapat dijadikan wadah ilmu dan penyuntik semangat kepada warga SRN seluruh negara dalam memupuk semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang pelbagai kaum.