Have an account?

MALAM JALINAN MUHIBBAH SEKRETARIAT RUKUN NEGARA

Tuesday, January 5, 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat Rukun Negara akan mengadakan Malam Jalinan Muhibbah Sekretariat Rukun Negara. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan barisan kepimpinan SRN bagi sesi 2010 disamping mampu merapatkan hubungan antara ahli-ahli SRN dengan barisan kepimpinan SRN. Program ini akan dirasmikan oleh En Faizi B. Othman iaitu penasihat Sekretariat Rukun Negara dan dijangka akan dihadiri oleh En Feizal B. Md. Shariff iaitu Timbalan Pendaftar unit Persatuan dan kelab dan En. Mazlan Mamat sebagai Penyelaras SRN UPSI. Berikut adalah maklumat tentang program ini:

Hari : Khamis
Tarikh : 7 Januari 2010
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Bilik Pameran Bitarasiswa

Sehubungan dengan itu, semua mahasiswa yang telah mendaftar iaitu siri 1 (nama boleh rujuk di Portal), Siri 2 (nama boleh rujuk di papan kenyataan kolej, hentian bas dan papan kenyataan di Bitarasiswa) dan siri 3 (yang sedang berlangsung di ruang legar Bitarasiswa) diwajibkan hadir pada malam tersebut. Kepada ahli yang belum lagi membayar yuran keahlian, anda dikehendaki menjelaskan yuran sebanyak RM 5 semasa pendaftaran pada malam tersebut.

0 comments: