Have an account?

Hari Pendaftaran Ahli Baru SRN Mendapat Sambutan Memberangsangkan

Tuesday, January 5, 2010

Pembukaan pengambilan ahli baru Sekretariat Rukun Negara (SRN)bagi sesi ke-3 yang diadakan pada semalam mendapat sambutan yang menggalakkan. Para mahasiswa mula mula mendaftarkan diri sebaik sahaja kaunter pendaftaran dibuka pada pukul 9.00 pagi. Walaupun keadaan pada awal pagi kelihatan agak lengang disebabkan kebanyakan pelajar mempunyai kelas tetapi keadaan ini bertukar menjadi sibuk menjelang pukul 10.00 pagi.

Kaunter pendaftaran yang dibuka di ruang legar Bitarasiswa

Walaupun yuran ahli dikenakan sebanyak RM 5 tetapi ianya tidak menghalang untuk mereka menyertai SRN UPSI. Kebanyakkan ahli baru yang mendaftar terdiri daripada pelajar semester 1 dan 2 yang ingin bergiat aktif dalam kegiatan berpersatuan. Sambutan yang diterima untuk pengambilan ahli kali ini mendapat sambutan diluar jangkaan sehingga borang keahlian terpaksa ditambah bagi memenuhi permintaan yang terlalu banyak. Kaunter pendaftaran ahli telah ditutup pada pukul 5.00 petang dan akan dibuka semula pada hari Rabu dan Khamis. Pengambilan ahli SRN kali ini merupakan siri terakhir bagi memastikan SRN terus mantap dalam pelaksanaan program yang akan dijalankan.

0 comments: