Have an account?

SRN Terbang ke Negeri Di Bawah Bayu

Wednesday, June 2, 2010



Pada 20 Mei 2010 yang lalu, Sekretariat Rukun Negara Universiti Pendidikan Sultan Idris (SRNUPSI) telah menghantar 5 orang wakil bagi menyertai program Integrasi Nasionala Pertukaran Budaya 1 Malaysia di Sabah. Program ini dianjurkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Kota Kinabalu, Sabah. SRN telah diwakili oleh Mohd Zulhusni Zulkipli, Mohd Firdaus Yusuff, Rosazira Md Yusof, Nurul Hayati Suleiman dan Mohd Rezuan Hamzah beserta dengan seorang pegawai pengiring iaitu En. Mazlan Bin Mamat selaku Penyelaras SRNUPSI.

Aktiviti senamrobik bersama penduduk kampung


Wakil daripada SRNUPSI telah berlepas daripada LCCT pada pukul 4.00 petang dan tiba di Kota Kinabalu pada pukul 6.30 petang. Wakil Urusetia daripada UiTM Sabah telah menanti untuk menjemput kami ke tempat penginapan iaitu di Kolej kediaman UiTM Sabah. Program ini merupakan kali kedua yang dianjurkan dan melibatkan kesemua kampus UiTM di Malaysia beserta beberapa buah IPT lain iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Objektif program ini adalah untuk menyahut seruan 1 Malaysia, menyemarakkan budaya dan tradisi yang pelbagai bangsa dalam satu rumpun, mewujudkan hubungan yang erat antara universiti dan mengasah kemahiran insaniah peserta terutamanya dalam kegiatan kemasyarakatan.
Antara persembahan kebudayaan yang diadakan di kampung
Semua peserta bergambar dengan keluarga angkat

Selama sepuluh hari berkampung di Sabah, pelbagai aktivit menarik telah diatur.Aktiviti pertama ialah OPKIM iaitu pelajar akan dibahgikan keluarga angkat untuk mempelajari adat dan budaya masyarakat Sabah. Aktiviti ini dijalankan selama 3 hari melibatkan 3 buah kampung iaitu di Kampung Ganyang, Kampung Tuaran Dan kampung Kimanis Baru(Papar). Selepas aktiviti ini, peserta kembali ke kampus UiTM Sabah untuk aktiviti seterusnya iaitu kebudayaan.
Lawatan ke Linangkit Caltural Village iaitu masyarakat kaum Lotud
Peserta mengunjungi KDCA tempat meraikan Pesta Kaamatan

Selain OPKIM, banyak lagi aktiviti yang diadakan seperti Kembara Budaya, Pertandingan Futsal dan Badminton, Sukan Rakyat, Bengkel Kebudayaan, Pertandingan Rias dan Busana, Lawatan ke Taman Negara Kinabalu, Museum Sabah, Pesta Kaamatan di KDCA, Linangkit Caltural Village, Poring Hot Sping, Kundasang dan banyak lagi.
Sukaneka yang bercorak kebudayaan masyarakat Sabah

Pemandangan Gunung Kinabalu kelihatan sepanjang perjalanan menuju ke Taman Negara

Program ini berakhir pada 31 Mei dan semua peserta mula meningalkan Sabah pada petangnya termasuk wakil daripada SRNUPSI. Peserta daripada SRNUPSI berlepas daripada Kota Kinabalu pada pukul 4.00 petang dan tiba di Kuala Lumpur pada pikul 6.30 petang sebelum meneruskan perjalanan ke Tanjung Malim. Menurut wakil SRNUPSI saudara Mohd Rezuan Hamzah, program ini sangat memberi pengalaman dan pengetahuan tentang kehidupan masyarakat di negeri sabah yang begitu unik dengan berbilang suku kaumnya. Selain itu juga, program ini mampu memupuk perpaduan diantara pelajar-pelajar IPT di seluruh negara dan bertepatan dengan konsep 1 Malaysia.

0 comments: