Have an account?

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI

Monday, October 26, 2009




Kami daripada Sekretariat Rukun Negara Universiti Pendidikan Sultan Idris (SRN UPSI) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua ahli SRN UPSI secara khususnya dan kepada semua pelajar UPSI yang beragama Hindu secara umumnya. Semoga perayaan ini disambut meriah disamping keluarga yang tercinta. Kepada mereka yang bukan beragama Hindu juga marilah kita sama-sama meraikannya  kerana ini dapat merapatkan lagi hubungan antara kita. Selain itu, marilah kita mengamalkan budaya ziarah-menziarahi rumah rakan-rakan supaya perpaduan yang telah wujud diantara kita semakin kukuh dan teguh agar semangat 1 Malaysia akan menjadi kenyataan.

"MEMBUDAYAKAN PERPADUAN, MERAIKAN KEPELBAGAIAN"

0 comments: