Have an account?

BAKTISISWA PERDANA SRN "KHIDMAT MASYARAKAT MAHASISWA PENYAYANG"

Sunday, January 9, 2011

Pada 16 Disember 2010 yang lepas, SRN UPSI telah diamanahkan menjadi tuan rumah Baktisiswa Perdana Khidmat Masyarakat Mahasiswa Penyayang oleh JPNIN sebagai penganjur utama program tersebut yang berlangsung selama beberapa hari dan berpusat di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Kampung Sepakat jaya, Titi Gantung, Bota, Perak. Program tersebut berlangsung sepanjang 8 hari bermula pada 16 Disember sehingga 23 Diember 2010. Terdapat 8 IPTA/S telah mengikuti program tersebut, antaranya adalah UMP, UKM, UNISZA, KUIN, KUIS, UMK, UUM dan UPSI. Seramai 161 orang peserta dan beberapa orang pegawai pengiring yang mengikuti program tersebut.

Explorace Perpaduan Sekitar UPSI

Kemeriahan program tersebut dihangatkan lagi dengan pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Antaranya adalah” Majlis Meraikan Kedatangan, Malam Si Malu Kucing, Senamrobik, Explorace Perpaduan, Sukan, Solat Hajat Perdana, Sidang Meja Bilat SRN, dan Majlis Makan Malam sempena Perasmian Penutupan Baktisiswa Perdana. Manakala program-program yang menarik di kampung Sepakat Jaya dan Titi Gantung ialah ” Majlis Penyerahan Anak Angkat, Aktiviti Wayang Pacak, Ceramah Perangi Denggi dan pergigian, Pemeriksaan Kesihatan, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Ceramah 1 Malaysia Teras Perpaduan Sejagat, Sukan Rakyat, Bacaan Yaasin dan Tahlil Perdana, Senam 1 Malaysia, Gotong-royong, Rewang, Mural, Malam Kebudayaan, Cabutan Bertuah, Ziarah @ Road Tour Kebajikan, Demonstrasi Memadam Kebakaran daripada Bomba dan Anjing Pengesan”. Selain itu, terdapat juga pelbagai pameran daripada beberapa agensi seperti JPNIN, Bomba, PDRM, AADK, Tabung Haji dan kraftangan Labu Sayung.

Pertandingan Mewarna

Pemeriksaan Kesihatan Secara Percuma

Ceramah Bahaya Denggi

Sukaneka Bersama Penduduk Kampung

Senamrobik


Gotong-royong

Sidang Meja Bulat SRN



Pameran

Road Tour Kebajikan

Kemuncak program di kampung tersebut adalah ”Majlis Penutupan dan Penyerahan Semula Anak Angkat” yang telah dihadiri oleh Ahli Parlimen Parit, ADUN Bota, ADUN Belanja, Pegawai JPNIN Perak, Pegawai Daerah Parit, Pegawai HEP UPSI, pegawai-pegawai pengirirng IPTA/S lain, Penghulu Mukim Bota, Tok Sidang, Ketua Kampung dan juga penduduk kampung yang telah memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut. Tambahan pula, penglibatan pelbagai media seperti RTM, Sinar Harian, Berita Harian dan sebagainya menjadikan program ini mendapat perhatian ramai. Manakala kemuncak bagi keseluruhan program adalah ”Majlis Penutupan Baktisiswa Perdana Khidmat Masyarakat Mahasiswa Penyayang, SRN” yang bertempat di Dewan Rajawali, Trolak Residence. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timb. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ T. Murugiah”. Majlis tersebut diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Dato’ Azman Bin Amin Hassan, Naib Canselor UPSI, Prof Dato’ Dr. Aminah Ayob, Pegawai-pegawai JPNIN, pegawai-pegawai daripada setiap IPTA/S yang terlibat dan ramai lagi.

Program tersebut telah meninggalkan banyak kenangan di samping memberi banyak manfaat kepada pelbagai pihak khususnya kepada peserta program. Baktisiswa yang sebegini mendedahkan para peserta kepada sikap toleransi, kerjasama, komunikasi dengan masyarakat, cara hidup di kawasan kampung dan sebagainya telah menjadikan program tersebut menjadi satu platform penghubung semangat perpaduan serta kasih sayang dalam kalangan peserta dan penduduk kampung. Diharapkan agar program sebegini dapat dijadikan wadah ilmu dan penyuntik semangat kepada warga SRN seluruh negara dalam memupuk semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang pelbagai kaum. Salam sayang daripada pihak urusetia “Baktisiswa Perdana, Khidmat Masyarakat Mahasiswa Penyayang”

SUKAN RAKYAT 1 MALAYSIA - USM

Monday, December 13, 2010

Pada 10-12 Disember 2010 yang lalu, Sekretariat Rukun Negara Universiti Pendidikan Sultan Idris (SRNUPSI) telah menghantar 25 orang wakil bagi menyertai program Sukan Rakyat 1 Malaysia Peringkat IPT. Program ini dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia kampus Nibong Tebal, Pulau Pinang. SRNUPSI telah diketuai oleh Mohd Zulhusni Zulkipli beserta dengan seorang pegawai pengiring iaitu En. Mazlan Bin Mamat selaku Penyelaras SRNUPSI.

Wakil daripada SRNUPSI telah bertolak daripada UPSI pada pukul 9.00 pagi dan tiba di USM Nibong Tebal pada pukul 1.30 petang. Wakil Urusetia daripada USM Nibong Tebal telah menanti untuk menjemput kami ke tempat penginapan iaitu di Desasiswa USM Nibong Tebal. Objektif program ini adalah untuk menyahut seruan 1 Malaysia, menyemarakkan budaya dan tradisi yang pelbagai bangsa dalam satu rumpun, mewujudkan hubungan yang erat antara universiti dan mengasah kemahiran insaniah peserta terutamanya dalam kegiatan kemasyarakatan melalui permainan Sukan Rakyat 1 Malaysia.

Selama dua hari berada di USM Nibong Tebal, pelbagai aktivit menarik telah diatur.Aktiviti pertama ialah Majlis Perasmian, Klinik Sukan Rakyat 1. Aktiviti ini dijalankan selama 3 hari melibatkan beberapa buah IPT iaitu, UPSI, UUM, UMP, UMK, UiTM & USM


Terdapat Pelbagai jenis Sukan Rakyat 1 Malaysia antaranya ialah Ketinting, Congkak, Batu Seremban, Gusti Lengan, Dam Aji, Galah Panjang, Konda Kondi, Sepak Raga Ratus, Sepak Raga Bulu Ayam & Laga Ayam

Peserta menerima ahli kumpulan daripada kalangan orang kampung sekitar Nibong Tebal



New Latterhead SRNUPSI 10/11

Tuesday, October 26, 2010

PROGRAM JATI DIRI KENEGARAAN - SMKUA

Sunday, October 24, 2010

16 & 17 Oktober 2010, pada hari Sabtu dan Ahad, Sekretariat Rukun Negara Upsi telah bertolak ke SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam, Sealngor. Seramai 45 orang telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi fasilitator. Tujuannya adalah untuk membina jati diri yang teguh kepada para pelajar dengan menerapkan konsep 1 Malaysia dan Rukun Negara.


Wajah-wajah ceria pelajar SMKUA

Aktiviti Eksplorasi Patriotik

Aktiviti dalam dewan

Makan bersama pelajar dan Fasilitator

Barisan Fasilitator

MAJLIS WATIKAH SRN 10/11 DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

Sunday, October 10, 2010


JUMAAT 8 Oktober 2010, bertempat di bilik seminar Bitarasiswa talah diadakan satu majlis yang begitu bermakna iaitu Majlis Watikah SRNUPSI 10/11 serta Jamuan Hari Raya Aidilfitri. Majlis tersebut bermula pada pukul 8 malam dan berakhir pada pukul 11 malam. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada mantan exco sesi 09/10 dan menyerahkan sijil perlantikan kepada exco yang baru bagi sesi 10/11. Seterusnya, SRNUPSI telah mengadakan jamuan hari raya kepada ahli yang datang memberi sokongan di kafe Bitarasiswa.



Penyampaian sijil dan cenderahati kepada mantan YDP SRN

Penyerahan sijil perlantikan kepada YDP yang baru bagi sesi 10/11



mantan majlis tertinggi


Bergambar semasa menjamu selera

Kenangan terindah