Kemuncak program di kampung tersebut adalah ”Majlis Penutupan dan Penyerahan Semula Anak Angkat” yang telah dihadiri oleh Ahli Parlimen Parit, ADUN Bota, ADUN Belanja, Pegawai JPNIN Perak, Pegawai Daerah Parit, Pegawai HEP UPSI, pegawai-pegawai pengirirng IPTA/S lain, Penghulu Mukim Bota, Tok Sidang, Ketua Kampung dan juga penduduk kampung yang telah memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut. Tambahan pula, penglibatan pelbagai media seperti RTM, Sinar Harian, Berita Harian dan sebagainya menjadikan program ini mendapat perhatian ramai. Manakala kemuncak bagi keseluruhan program adalah ”Majlis Penutupan Baktisiswa Perdana Khidmat Masyarakat Mahasiswa Penyayang, SRN” yang bertempat di Dewan Rajawali, Trolak Residence. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timb. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ T. Murugiah”. Majlis tersebut diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Dato’ Azman Bin Amin Hassan, Naib Canselor UPSI, Prof Dato’ Dr. Aminah Ayob, Pegawai-pegawai JPNIN, pegawai-pegawai daripada setiap IPTA/S yang terlibat dan ramai lagi.
Program tersebut telah meninggalkan banyak kenangan di samping memberi banyak manfaat kepada pelbagai pihak khususnya kepada peserta program. Baktisiswa yang sebegini mendedahkan para peserta kepada sikap toleransi, kerjasama, komunikasi dengan masyarakat, cara hidup di kawasan kampung dan sebagainya telah menjadikan program tersebut menjadi satu platform penghubung semangat perpaduan serta kasih sayang dalam kalangan peserta dan penduduk kampung. Diharapkan agar program sebegini dapat dijadikan wadah ilmu dan penyuntik semangat kepada warga SRN seluruh negara dalam memupuk semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang pelbagai kaum. Salam sayang daripada pihak urusetia “Baktisiswa Perdana, Khidmat Masyarakat Mahasiswa Penyayang”
0 comments:
Post a Comment