Have an account?

Lawatan Integrasi SRN UPSI ke JPNIN

Saturday, October 31, 2009


  Perwakilan SRN UPSI yang mengikuti Lawatan Integrasi ke JPNIN Putrajaya

    Sekretariat Rukun Negara Universiti Pendidikan Sultan Idris (SRN UPSI) telah mengadakan lawatan integarasi ke Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di Putrajaya pada 16 Oktober 2009. Lawatan merupakan program pertama SRN UPSI sejak ditubuhkan pada bulan Ogos lepas bagi berdiskusi bersama pegawai-pegawai JPNIN terutamanya berkaitan dengan Sekretariat Rukun Negara. Lawatan yang disertai seramai 29 orang ahli iaitu kebanyakkannya terdiri daripada barisan Majlis Tertinggi, Exco-exco dan Rakan Exco ini juga bertujuan untuk mendapat penjelasan secara lebih terperinci berkaitan objektif penubuhan Sekretariat Rukun Negara di IPT disamping merapatkan lagi hubungan antara SRN UPSI dengan JPNIN.



 YDP SRN UPSI memberi sedikit taklimat kepada peserta


     Perwakilan SRN UPSI telah bertolak pada pukul 7.30 pagi dari UPSI dan tiba di Putrajaya pada pukul 9.00 pagi sebelum disambut oleh pegawai JPNIN En. Mohd Shahril. Seterusnya Perwakilan SRN UPSI terus dibawa ke bilik audiovisual di tingkat 8 untuk diberi sedikit taklimat oleh Pn. Norazila sebelum dipertontonkan video yang berkaitan perpaduan selama 15 minit. Selepas itu, Perwakilan SRN UPSI terus dijemput ke Bilik Tetamu Mesyuarat bagi mengadakan sesi diskusi dan perbincangan secara mendalam tentang Sekretariat Rukun Negara.


Para Perwakilan SRN UPSI khusyuk mendengar taklimat yang disampaikan

    Diskusi ini berakhir kira-kira jam 12.00 tengah hari sebelum para perwakilan dijemput makan tengah hari. Selepas makan, para perwakilan telah mengambil gambar bersama-sama pegawai JPNIN untuk dijadikan kenangan. Memandangkan jam telah menunjukkan pukul 1.00 petang, para pewakilan terus menuju ke Masjid Putrajaya bagi mendirikan solat Jumaat. Selepas menunaikan solat Jumaat, Perwakilan SRN UPSI telah bertolak pulang kira-kira pukul 2.30 petang. Menurut YDP SRN UPSI Saudara Zulhusni b. Zulkipli, program sebegini akan dijadikan program tahunan bagi memastikan hubungan antara SRN UPSI dengan JPNIN akan bertambah erat.


   Perjalanan pulang ke UPSI


"MEMBUDAYAKAN PERPADUAN, MERAIKAN KEPELBAGAIAN"

0 comments: