Have an account?

Lawatan Integrasi ke Universiti Teknologi Petronas

Monday, March 8, 2010








7 Februari 2010 : Sekretariat Rukun Negara Universiti Pendidikan Sultan Idris (SRN UPSI) telah mengadakan Lawatan Integrasi Inter-U dengan Sekretariat Rukun Negara UTP (SERUKUN UTP). Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk berbincang beberapa program bersama-sama pihak SRN di UTP dan bertukar-tukar idea dan pendapat bagi memastikan kedua-dua pihak mendapat manfaat dalam perbincangan itu dan pada masa yang sama dapat menjalinkan hubungan yang akrab antara kedua-dua pihak Berbincang beberapa program bersama-sama pihak SRN di UTP dan bertukar-tukar idea dan pendapat bagi memastikan kedua-dua pihak mendapat manfaat dalam perbincangan itu dan pada masa yang sama dapat menjalinkan hubungan yang akrab antara kedua-dua pihak.Terdapat beberapa agenda yang telah dilaksanakan antaranya ialah perkongsian idea dan bertukar-tukar pandangan. Selain itu, SRN UPSI dan SERUKUN UTP menerangkan program yang telah dan bakal dijalankan serta menilai terus program yang telah dijalankan. Seterusnya, memberi pendedahan baru kepada kedua-dua belah pihak Sekretariat Rukun Negara. Agenda yang terakhir ialah menjalinkan hubungan yang akrab antara kedua-dua belah pihak.Kami juga dibawa oleh wakil SERUKUN UTP melawat bangunan bahagian ekademik UTP, masjid, tasik dan lain-lain lagi.


Ekspedisi Mendaki gunung Stong – (12-15) Februari 2010.




Objektif :

menguji daya ketahanan diri ahli-ahli yang menyertai ekspedisi disamping mewujudkan budaya hidup sihat dalam kalangan ahli-ahli SRN seterusnya mewujudkan semangat berpasukan antara ahli dalam usaha untuk memastikan kejayaan sebagai satu pasukan.

Kejohanan Bowling Perpaduan – 05 Februari 2010

Sunday, March 7, 2010




Tentatif program lawatan kerja ke JPNIN tidak berakhir di bangunan kerajaan tersebut. Walau bagaimanapun, SRN UPSI telah merancang untuk mengadakan sesuatu permainan untuk menyatupadukan sesama ahli SRN sendiri. oleh itu, tercetuslah Kejohanan Bowling Perpaduan selepas lawatan kerja ke JPNIN Putrajaya. Game tersebut bermula pada pukul 3 petang dan berakhir pada pukul 5 petang bertempat di Alamanda Shopping Compleks,Putrajaya. Objektif kejohanan Bowling Perpaduan adalah untuk memupuk semangat perpaduan dan kerjasama berpasukan dalam kalangan ahli yang berbilang kaum di dalam pertandingan boling yang mana mampu untuk merapatkan lagi persaudaraan sesama ahli dan majlis tertinggi SRN.

Kunjungan Kerja ke JPNIN, Putrajaya Siri ke-3 – 05 Februari 2010




Sekretariat Rukun Negara Universiti Pendidikan Sultan Idris (SRN UPSI) telah mengadakan kunjungan kerja ke Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di Putrajaya pada 5 Februari 2010. Lawatan yang disertai seramai 35 orang ahli iaitu kebanyakkannya terdiri daripada barisan Majlis Tertinggi, Exco-exco dan Rakan Exco ini juga bertujuan untuk menyenaraikan serta berbincang mengenai program-program yang telah dan akan dijalankan oleh SRN UPSI dan keberkesanannya serta penambahbaikan yang perlu dibuat bagi memastikan pengurusan yang lebih lancar dan berjaya.


Diskusi ini berakhir kira-kira jam 12.00 tengah hari sebelum para perwakilan dijemput makan tengah hari. Selepas makan, para perwakilan telah mengambil gambar bersama-sama pegawai JPNIN untuk dijadikan kenangan. Memandangkan jam telah menunjukkan pukul 1.00 petang, para pewakilan terus menuju ke Masjid Putrajaya bagi mendirikan solat Jumaat. Selepas menunaikan solat Jumaat, Perwakilan SRN UPSI telah bertolak ke Alamanda kira-kira pukul 2.30 petang untuk meneruskan agenda seterusnya. Menurut YDP SRN UPSI Saudara Zulhusni b. Zulkipli, program sebegini akan dijadikan program tahunan bagi memastikan hubungan antara SRN UPSI dengan JPNIN akan bertambah erat.