Have an account?

Program Semarak Kasih Sanjungan BudI

Thursday, February 10, 2011

salam 1 MALAYSIA
SRNUPSI akan mengadakan satu majlis penghargaan kepada semua ahli SRN yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menggerakkan aktiviti2 yang dijalankan sepanjang tahun. Majlis yang bertemakan "Semarak Kasih Sanjungan Budi" akan dilangsungkan pada butiran berikut:
hari: selasa
Tarikh: 22 februari 2011
Masa:7.45 mlm-11 mlm
tempat:kafe bitarasiswa
Pakaian: pakaian kebangsaan

AJK pelaksana bagi program Kem 1 Malaysia, Kempen Cintai rukun Negara (KCRN), Program Jati Diri Kenegaraan (PJDK) SMK Ungku Aziz, , Baktisiswa Perdana Khidmat Masyarakat Mahasiswa Penyayng serta peserta-peserta sukan rakyat satu malaysia dan perkhemahan unikl serta program-program lain amat dialukan.

* makanan disediakan & terdapat beberapa persembahan enarik daripada ahli SRN UPSI.

*sila respon kehadiran anda dgn menghubungi mohd firdaus mustafa(0177264862) @ mardhiah mohd rasid(0145174239)
selewat2nya pd hari rabu 16 februari 2011

PENGAMBILAN RAKAN EXCO SRN UPSI

PENGAMBILAN RAKAN EXCO SRN UPSI


Hari : Jumaat
Tarikh:11 Februari 2011
Masa: 10:00am - 5:00pm
Tempat:BILIK MESYUARAT BITARA SISWA

*TERBUKA KPD AHLI2 SRN YANG BERDAFTAR, SEM 1 HINGGA 4..SERLAHKAN BAKAT KEPIMPINAN ANDA

Perkhemahan Perpaduan SRN

Saturday, February 5, 2011


Peserta Perkhemahan Perpaduan SRN

Pada 27 Januari yang lepas, Sekretariat Rukun Negara UPSI telah menghantar 28 orang ahli menyertai Perkhemahan Perpaduan SRN peringkat IPT yang berlangsung selama 4 hari di Kem Lembah Bestari, Ulu Yam, Selangor. Program ini merupakan sebuah lagi program mega SRN selepas Program Sukan Rakyat 1 Malaysia anjuran USM dan Program Baktisiswa Perdana SRN anjuran UPSI. Program ini diuruskan SRN UniKL dengan kerjasama daripada pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Peserta memasang khemah

Sepanjang 4 hari program ini berlangsung, pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti operasi menyelamat dalam air, rentas halangan, jungle tracking, Negara Bangsa dan pelbagai lagi. Objektif program ini adalah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan mahasiswa pelbagai kaum berlandaskan prinsip Rukun Negara. Selain itu, program ini mampu mewujudkan sikap toleransi dan bekerjasama dalam menghadapi sebarang dugaaan dan cabaran.

Aktiviti Negara Bangsa

Menurut YDP SRN UPSI Mohd Rezuan Hamzah yang turut menyertai program ini, program sebegini adalah penting dalam memupuk perpaduan dan menerapkan kefahaman terhadap Rukun Negara dalam diri mahasiswa. Tambahnya lagi, untuk menerapkan kefahaman terhadap Rukun Negara pada masa sekarang tidak hanya bergantung kepada ceramah yang membosankan tetapi ianya boleh diterap melalui aktiviti-aktiviti yang sebegini.

Aktiviti menyelamat dalam air

Perkhemahan Perpaduan SRN ini berjaya mengumpul 8 buah IPT di seluruh negara iaitu UPSI, UIAM, KUIN, UniKL BML, UniKL MICET, UMK, UMP dan KLIUC. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah JPNIN Dato' Azman Amin Hassan.
Aktiviti Jungle Tracking
Kawasan perkhemahan peserta

MAJLIS RAPATAN MUHIBBAH & PELANCARAN LOGO BARU SRN UPSI

Monday, January 24, 2011

MAJLIS RAPATAN MUHIBBAH & PELANCARAN LOGO BARU SRN UPSI
TARIKH : 25 JANUARI 2011 (SELASA)
MASA : 8.00 MALAM
TEMPAT : BE LEARNING 8
(SEMUA AHLI BERDAFTAR DIJEMPUT HADIR)

PENDAFTARAN AHLI BARU SRN UPSI 2011

PENDAFTARAN AHLI BARU SRN UPSI
TARIKH : 24 & 25 JANUARI 2011 (ISNIN & SELASA)
MASA : 9 PAGI - 5 PETANG
TEMPAT : RUANG LEGAR BITARASISWA
YURAN :
i) AHLI BARU :RM 5
ii)AHLI LAMA : RM3
BAJU : RM25
(SEMUA AHLI LAMA JUGA PERLU MENGEMASKINI KEAHLIAN)