Have an account?

Majlis "Malam Semarak Kasih Sanjungan Budi"

Wednesday, March 9, 2011




Pada 5 Mac 2011 (Sabtu) Sekretariat Rukun Negara UPSI (SRNUPSI) telah mengadakan satu majlis penghargaan kepada semua ahli SRN yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menggerakkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun. Majlis tersebut berlangsung pada pukul 8.00 malam dan berakhir pada pukul 11.00 malam. Seterusnya, pakaian pada majlis tersebut ialah pakaian kebagsaan.

Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh pengarah program
(Saudara Mohd Firdaus Mustafa)


Majlis tersebut meraikan AJK pelaksana bagi program Kem 1 Malaysia, Kempen Cintai rukun Negara (KCRN), Program Jati Diri Kenegaraan (PJDK) SMK Ungku Aziz, Baktisiswa Perdana Khidmat Masyarakat Mahasiswa Penyayang, RE yg terlibat dgn pameran Hari Terbuka KAB dan pasukan futsal lelaki & perempuan serta bola jaring SRN dan program-program lain.



Gambar Kenangan


Ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada ahli SRNUPSI yang banyak menyumbang tenaga untuk memantapkan lagi nama sekretariat di UPSI khususnya dan di seluruh IPT amnya.

KOMITMEN ANDA, KEBANGGAAN KAMI

0 comments: