Have an account?

BENGKEL ASAS DALAM BIDANG PENERBITAN DAN INFORMASI SEKRETARIAT RUKUN NEGARA

Wednesday, March 9, 2011

Bengkel Asas dalam Bidang Penerbitan dan Informasi telah diadakan pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada 6 Mac 2011 (Ahad). Bengkel ini merupakan saranan Yang Di Pertua SRNUPSI bagi melahirkan ahli jawatan kuasa yang kreatif dan dapat mendalami ilmu penerbitan dan informasi dengan lebih cemerlang tanpa tertumpu kepada sesuatu kumpulan sahaja. Kumpulan sasaran untuk menyertai bengkel tersebut ialah dalam kalangan barisan kepimpinan SRNUPSI iaitu seramai 60 orang. Walau bagaimanapun, seramai 20 orang sahaja yang hadir dalam bengkel tersebut selebihnya tidak dapat hadir kerana terlibat dengan aktiviti luar yang tidak dapat dielakkan namun bengkel tersebut berjalan dengan lancar.



Tenaga pengajar iaitu saudara Azman telah memberi tunjuk ajar atau langkah-langkah untuk membuat banner, banting, back drop, name tag, broucher, buku program dan flyer. Tenaga pengajar menggunakan kaedah toturial dalam bengkel tersebut.

Objektif utama dalam bengkel tersebut adalah untuk memberi pendedahan dan tips apabila hendak mencipta dan mereka bentuk banner serta asas sebagai ahli jawatan kuasa penerbitan dan informasi (PDI).

Tugasan yang diberikan merupakan tugasan asas bagi seseorang apabila dilantik menjadi ahli jawatan kuasa penerbitan dan informasi. Tugasan tersebut ialah merujuk kepada suatu program yang akan dilaksanakan dan memerlukan pembikinan benner yang menarik bagi program tersebut.

Segala tunjuk ajar dapat diaplikasikan dengan mudah dan berhasil

0 comments: