Have an account?

SUKAN RAKYAT : KARNIVAL SEKRETARIAT RUKUN NEGARA 26 MAC 2011

Friday, March 25, 2011


Kepada Mahasiswa/mahasiswi yang berminat untuk menyertai SUKAN RAKYAT, sila hadir ke Padang UPSI bagi merasai sendiri permainan tradisional yang jarang kita mainkan pada masa sekarang.

BERITA GEMBIRA UNTUK WARGA SRNUPSI>>

Tuesday, March 22, 2011

Alhamdulillah, hari ini kunci Pejabat SRNUPSI telah diserahkan kepada kami..

selepas ini bilik rasmi SRNUPSI akan berpindah daripada bilik persatuan ke bilik baru

kami di tingkat 2 bangunan bitarasiswa bersebelahan dgn surau..

...segala urusan berkaitan

dengan SRNUPSI bolehlah ke sana terus....

harap maklum~

PERJUMPAAN TERGEMPAR DENGAN SEMUA AHLI SRNUPSI SESI 10/11

Tuesday, March 15, 2011

PERJUMPAAN TERGEMPAR DENGAN SEMUA AHLI SRNUPSI SESI 10/11

Tarikh: 16 mac 2011 (Rabu)
Masa: 8.30 mlm
Tempat: bilik seminar bitarasiswa

(sila Klik @ download) Senarai nama ahli SRNUPSI

**Kehadiran anda semua untuk pengesahan :
nama & no.k/p untuk sijil penghargaan ahli SRNUPSI yang berdaftar



Perjumpaan yang dilakukan melibatkan beberapa perbincangan mengenai :

1- Pengesahan nama & no.k/p untuk sijil penghargaan ahli SRNUPSI
2- Pembahagian ahli mengikut Exco masing-masing
3- Penerangan mengenai program SRNUPSI yang terdekat
4- Meeting Karnival Sekretariat Rukun Negara
5- Meeting untuk lawatan ke JPNIN
6- Pernyataan masalah
7- Sumbang saran bagi meningkatkan lagi segala program SRNUPSI yang akan datang






Kami daripada Barisan Kepimpinan SRNUPSI 10/11 mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli yang sudi meluangkan masa untuk hadir ke perjumpaan ini,

" KOMITMEN ANDA, KEBANGGAAN KAMI"

BENGKEL ASAS DALAM BIDANG PENERBITAN DAN INFORMASI SEKRETARIAT RUKUN NEGARA

Wednesday, March 9, 2011

Bengkel Asas dalam Bidang Penerbitan dan Informasi telah diadakan pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada 6 Mac 2011 (Ahad). Bengkel ini merupakan saranan Yang Di Pertua SRNUPSI bagi melahirkan ahli jawatan kuasa yang kreatif dan dapat mendalami ilmu penerbitan dan informasi dengan lebih cemerlang tanpa tertumpu kepada sesuatu kumpulan sahaja. Kumpulan sasaran untuk menyertai bengkel tersebut ialah dalam kalangan barisan kepimpinan SRNUPSI iaitu seramai 60 orang. Walau bagaimanapun, seramai 20 orang sahaja yang hadir dalam bengkel tersebut selebihnya tidak dapat hadir kerana terlibat dengan aktiviti luar yang tidak dapat dielakkan namun bengkel tersebut berjalan dengan lancar.



Tenaga pengajar iaitu saudara Azman telah memberi tunjuk ajar atau langkah-langkah untuk membuat banner, banting, back drop, name tag, broucher, buku program dan flyer. Tenaga pengajar menggunakan kaedah toturial dalam bengkel tersebut.

Objektif utama dalam bengkel tersebut adalah untuk memberi pendedahan dan tips apabila hendak mencipta dan mereka bentuk banner serta asas sebagai ahli jawatan kuasa penerbitan dan informasi (PDI).

Tugasan yang diberikan merupakan tugasan asas bagi seseorang apabila dilantik menjadi ahli jawatan kuasa penerbitan dan informasi. Tugasan tersebut ialah merujuk kepada suatu program yang akan dilaksanakan dan memerlukan pembikinan benner yang menarik bagi program tersebut.

Segala tunjuk ajar dapat diaplikasikan dengan mudah dan berhasil

Majlis "Malam Semarak Kasih Sanjungan Budi"




Pada 5 Mac 2011 (Sabtu) Sekretariat Rukun Negara UPSI (SRNUPSI) telah mengadakan satu majlis penghargaan kepada semua ahli SRN yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menggerakkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun. Majlis tersebut berlangsung pada pukul 8.00 malam dan berakhir pada pukul 11.00 malam. Seterusnya, pakaian pada majlis tersebut ialah pakaian kebagsaan.

Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh pengarah program
(Saudara Mohd Firdaus Mustafa)


Majlis tersebut meraikan AJK pelaksana bagi program Kem 1 Malaysia, Kempen Cintai rukun Negara (KCRN), Program Jati Diri Kenegaraan (PJDK) SMK Ungku Aziz, Baktisiswa Perdana Khidmat Masyarakat Mahasiswa Penyayang, RE yg terlibat dgn pameran Hari Terbuka KAB dan pasukan futsal lelaki & perempuan serta bola jaring SRN dan program-program lain.



Gambar Kenangan


Ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada ahli SRNUPSI yang banyak menyumbang tenaga untuk memantapkan lagi nama sekretariat di UPSI khususnya dan di seluruh IPT amnya.

KOMITMEN ANDA, KEBANGGAAN KAMI