Have an account?

MAJLIS RAPATAN MUHIBBAH & PELANCARAN LOGO BARU SRN UPSI

Monday, January 24, 2011

MAJLIS RAPATAN MUHIBBAH & PELANCARAN LOGO BARU SRN UPSI
TARIKH : 25 JANUARI 2011 (SELASA)
MASA : 8.00 MALAM
TEMPAT : BE LEARNING 8
(SEMUA AHLI BERDAFTAR DIJEMPUT HADIR)

PENDAFTARAN AHLI BARU SRN UPSI 2011

PENDAFTARAN AHLI BARU SRN UPSI
TARIKH : 24 & 25 JANUARI 2011 (ISNIN & SELASA)
MASA : 9 PAGI - 5 PETANG
TEMPAT : RUANG LEGAR BITARASISWA
YURAN :
i) AHLI BARU :RM 5
ii)AHLI LAMA : RM3
BAJU : RM25
(SEMUA AHLI LAMA JUGA PERLU MENGEMASKINI KEAHLIAN)

BAKTISISWA PERDANA SRN "KHIDMAT MASYARAKAT MAHASISWA PENYAYANG"

Sunday, January 9, 2011

Pada 16 Disember 2010 yang lepas, SRN UPSI telah diamanahkan menjadi tuan rumah Baktisiswa Perdana Khidmat Masyarakat Mahasiswa Penyayang oleh JPNIN sebagai penganjur utama program tersebut yang berlangsung selama beberapa hari dan berpusat di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Kampung Sepakat jaya, Titi Gantung, Bota, Perak. Program tersebut berlangsung sepanjang 8 hari bermula pada 16 Disember sehingga 23 Diember 2010. Terdapat 8 IPTA/S telah mengikuti program tersebut, antaranya adalah UMP, UKM, UNISZA, KUIN, KUIS, UMK, UUM dan UPSI. Seramai 161 orang peserta dan beberapa orang pegawai pengiring yang mengikuti program tersebut.

Explorace Perpaduan Sekitar UPSI

Kemeriahan program tersebut dihangatkan lagi dengan pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Antaranya adalah” Majlis Meraikan Kedatangan, Malam Si Malu Kucing, Senamrobik, Explorace Perpaduan, Sukan, Solat Hajat Perdana, Sidang Meja Bilat SRN, dan Majlis Makan Malam sempena Perasmian Penutupan Baktisiswa Perdana. Manakala program-program yang menarik di kampung Sepakat Jaya dan Titi Gantung ialah ” Majlis Penyerahan Anak Angkat, Aktiviti Wayang Pacak, Ceramah Perangi Denggi dan pergigian, Pemeriksaan Kesihatan, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Ceramah 1 Malaysia Teras Perpaduan Sejagat, Sukan Rakyat, Bacaan Yaasin dan Tahlil Perdana, Senam 1 Malaysia, Gotong-royong, Rewang, Mural, Malam Kebudayaan, Cabutan Bertuah, Ziarah @ Road Tour Kebajikan, Demonstrasi Memadam Kebakaran daripada Bomba dan Anjing Pengesan”. Selain itu, terdapat juga pelbagai pameran daripada beberapa agensi seperti JPNIN, Bomba, PDRM, AADK, Tabung Haji dan kraftangan Labu Sayung.

Pertandingan Mewarna

Pemeriksaan Kesihatan Secara Percuma

Ceramah Bahaya Denggi

Sukaneka Bersama Penduduk Kampung

Senamrobik


Gotong-royong

Sidang Meja Bulat SRN



Pameran

Road Tour Kebajikan

Kemuncak program di kampung tersebut adalah ”Majlis Penutupan dan Penyerahan Semula Anak Angkat” yang telah dihadiri oleh Ahli Parlimen Parit, ADUN Bota, ADUN Belanja, Pegawai JPNIN Perak, Pegawai Daerah Parit, Pegawai HEP UPSI, pegawai-pegawai pengirirng IPTA/S lain, Penghulu Mukim Bota, Tok Sidang, Ketua Kampung dan juga penduduk kampung yang telah memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut. Tambahan pula, penglibatan pelbagai media seperti RTM, Sinar Harian, Berita Harian dan sebagainya menjadikan program ini mendapat perhatian ramai. Manakala kemuncak bagi keseluruhan program adalah ”Majlis Penutupan Baktisiswa Perdana Khidmat Masyarakat Mahasiswa Penyayang, SRN” yang bertempat di Dewan Rajawali, Trolak Residence. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timb. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ T. Murugiah”. Majlis tersebut diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Dato’ Azman Bin Amin Hassan, Naib Canselor UPSI, Prof Dato’ Dr. Aminah Ayob, Pegawai-pegawai JPNIN, pegawai-pegawai daripada setiap IPTA/S yang terlibat dan ramai lagi.

Program tersebut telah meninggalkan banyak kenangan di samping memberi banyak manfaat kepada pelbagai pihak khususnya kepada peserta program. Baktisiswa yang sebegini mendedahkan para peserta kepada sikap toleransi, kerjasama, komunikasi dengan masyarakat, cara hidup di kawasan kampung dan sebagainya telah menjadikan program tersebut menjadi satu platform penghubung semangat perpaduan serta kasih sayang dalam kalangan peserta dan penduduk kampung. Diharapkan agar program sebegini dapat dijadikan wadah ilmu dan penyuntik semangat kepada warga SRN seluruh negara dalam memupuk semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang pelbagai kaum. Salam sayang daripada pihak urusetia “Baktisiswa Perdana, Khidmat Masyarakat Mahasiswa Penyayang”