Have an account?

40 Ahli Sertai Kem 1 Malaysia

Tuesday, September 28, 2010

Peserta yang menyertai Kem 1 Malays1a


Ulu Bernam- Seramai 40 orang ahli SRN yang terdiri daripada 10 orang lelaki dan 30 orang perempuan telah menyertai Kem 1 Malaysia yang diadakan di Teratak Riverview. Program yang diadakan selama 2 hari 1 malam ini telah dianjurkan oleh Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah yang diketuai oleh saudara Azmil Bin Joni. Kem 1 Malaysia merupakan satu program yang bertujuan untuk menerapkan kefahaman dan penghayatan tentang gagasan 1 Malaysia berlandaskan lima prinsip Rukun Negara. Program ini juga bertujuan merapatkan lagi hubungan antara kaum dalam kalangan mahasiswa di UPSI.

Sepanjang 2 hari diadakan, pelbagai aktiviti menarik yang diadakan. Antaranya ialah sesi "ice- Breaking", LDK yang membincangkan tentang Rukun Negara, aktiviti rentas halangan, Night Tracking, Water Confident, BBQ dan banyak lagi. Teratak Riverview menjadi pilihan bagi Kem 1 Malaysia ini kerana tempatnya yang menarik dengan suasana alam semulajadi beserta dengan kemudahan-kemudahan untuk menjalankan aktiviti.

Menurut Pengarah program, program ini berjaya mencapai matlamat kerana mampu merapatkan hubungan antara peserta disamping memberi kefahaman mendalam tentang konsep 1 Malaysia berlandaskan Rukun Negara. Program ini juga turut disertai oleh Saudara Rezuan Bin hamzah selaku YDP SRN, Saudara Zulhusni Zulkipli (Mantan YDP), ahli-ahli MT SRN dan mantan exco SRN sesi 2009/2010 yang juga bertindak sebagai fasilitator.

Sementara itu, YDP SRN mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang terlibat dan berharap program ini akan memberi manfaat kepada semua yang terlibat. Katanya lagi program ini akan dijadikan program tahunan dalam takwim aktiviti Sekretariat Rukun Negara.

Wajah ceria sebelum bertolak ke Teratak



Sementara menunggu taklimat program

Antara LDK yang dijalankan

Melihat kerjasama dalam kumpulan

BBQ turut diadakan

Cabaran pertama merentasi sungai

Gembira selepas selesai untuk aktiviti Rentas Halangan


Penyampaian hadiah

TYDP SRN sesi 2010/2011 Aslinah (kanan)

0 comments: