Have an account?

KEMPEN CINTAI RUKUN NEGARA 18-20 OGOS 2010

Sunday, August 22, 2010

Sekretariat Rukun Negara Universiti Pendidikan Sultan Idris (SRNUPSI) telah mengadakan satu program Kempen Cintai Rukun Negara pada 18-20 Ogos 2010. Kempen tersebut bertujuan untuk menyemai semangat cintaikan negara disamping menghayati konsep Rukun Negara dan 1 Malaysia. Kempen Cintai Rukun Negara ini juga dilaksanakan sempena bulan kemerdekaan negara yang ke-53 tahun. Oleh itu, semangat cintakan negara kita amat perlu bagi menjamin kesejahteraan kita bersama. Terdapat beberapa aktiviti yang menarik bagi melibatkan
mahasiswa/wi untuk menjayakan kempen tersebut



Ceramah 1 : Peranan SRN di IPT oleh saudara YDP




Pertandingan Mewarna




Gerak Gempur SRNUPSI





Ceramah 2 : Rukun Negara Membentuk Integrasi Nasional



Pertandingan Pidato
tajuk : Perpaduan dan Petriotisme dalam Kalangan Mahasiswa Pendidik : Cabaran Masa Depan

KEMPEN CINTAI RUKUN NEGARA

Friday, August 13, 2010

Perhatian kepada mahasiswa/i terutamanya kepada ahli Sekretariat Rukun Negara UPSI, satu program sempena “KEMPEN CINTAI RUKUN NEGARA” akan diadakan pada hari tersebut :

Tarikh : 18,19 & 20 Ogos 2010

Masa : 8.00 a.m – 5.00 p.m

Tempat : Sekitar Bangunan Bitarasiswa

*Kehadiran anda amat dialu-alukan serta sijil akan disediakan. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan saudari Hanim (0194484725). Oleh itu, 10 0rang wakil dari setiap Exco wajib hadir pada program KEMPEN CINTAI RUKUN NEGARA pada pukul 10-1 petang 18/8/10 & pkl 2-4 petang 19/8/10. sijil akan disediakan. sila bg nama kat INA (0132809787) atau Exco masing-masing dan hadirkan diri pada hari berkenaan..HARAP MAKLUM

PERMOHONAN PENCALONAN KEPIMPINAN BARU SRN 10/11

Tuesday, August 10, 2010



Segala pertanyaan bolehlah berhubung dengan YDP saudara Zulhusni atau Atiqah (0194436150)

PENGLIBATAN AHLI SRN DALAM PROGRAM KEMPEN CINTAI RUKUN NEGARA

Perhatian kepada semua exco & ketua unit, anda diminta untuk menghantar 10 0rang wakil pada program KEMPEN CINTAI RUKUN NEGARA pada pukul 10-1 petang 18/8/10 & pkl 2-4 petang 19/8/10. sijil akan disediakan. sila bg nama kat INA (0132809787) dan hadirkan diri pada hari berkenaan..HARAP MAKLUM

MEETING "KEMPEN CINTAI RUKUN NEGARA

Thursday, August 5, 2010

Perhatian kpd semua ajk pelaksana program "KEMPEN CINTAI RUKUN NEGARA", sila hadirkan diri di bitarasiswa jam 8:030 mlm ini (6 ogos 2010). kehadiran anda amat dihargai bagi melancarkan program tersebut

PERHIMPUNAN BITARA SRN (4 OGOS 2010)

Wednesday, August 4, 2010


Pada 4 Ogos 2010, bertempat di bilik e-learning 4, SRN UPSI telah berjaya menjalankan satu Program Perhimpunan Bitara SRN. program tersebut berlangsung pada pukul 8 malam hingga 11 malam. Selain itu, program tersebut bertujuan untuk mengumpulkan ahli baru dan lama serta memperkenal senarai kabinet SRN sesi 10/11


Tetamu kehormat menjamu selera


Ucapan dan Pembacaan Ikrar SRN UPSI oleh YDP Saudara Zulhusni


tetamu memenuhi dewan kuliah