Have an account?

Pendaftaran Keahlian Baru

Thursday, July 29, 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Sekretariat Rukun Negara akan mengadakan pendaftaran keahlian baru bagi sesi 2010/2011. Oleh itu, kepada semua yang berminat untuk menyertai komuniti SRNUPSI, anda boleh mengambil borang di kaunter pendaftaran yang dibuka di Bitarasiswa. Kepada ahli SRN sesi 2009/2010, anda juga diwajibkan untuk memperbaharui keahlian. Berikut adalah maklumat lanjut tentang pendaftaran ahli baru bagi sesi 2010/2011:

Tarikh : 3 & 4 Ogos 2010
Hari : Selasa dan Rabu
Masa : 10.00 Pagi-4.00 Petang
Tempat : Ruang Legar Bitarasiswa
Bayaran : RM 2.00 (Ahli lama)
RM 5.00 (Ahli baru)

Untuk maklumat lanjut, anda bolehlah melawati facebook SRNUPSI ataupun berhubung terus dengan saudara Mohd Rezuan Bin Hamzah di talian 017-9121223.

*Borang keahlian hendaklah dihantar ke kaunter pendaftaran yang dibuka di bitarasiswa.

"MEMBUDAYAKAN PERPADUAN, MERAIKAN KEPELBAGAI"