Have an account?

"Tip Menghadapi Peperiksaan"

Saturday, April 17, 2010

a) TIPS KECEMERLANGAN

Persediaan dan perancangan yang rapi akan memastikan kecemerlanagan dalam peperiksaan nanti. Anda dinasihatkankan mengikut garis panduan berikut terutamanya bagi dua bulan sebelum tarikh peperiksaan.

a. Solat hajat.
b. Menyediakan satu jadual ulang kaji.
c. Mengadakan sesi kumpulan permbelajaran dan perbincangan.
d. Membuat ulang kaji semua tajuk.
e. Menjawab kertas peperiksaan sebelumnya.

Solat hajat.

Anda hendaklah sentiasa sembayang hajat dan berdoa kehadrat Allah s.a.w. agar semua kerja kita dirahmati dan diberkati NYA serta membuahkan kejayaan sebagaimana yang diimpikan. Insya Allah.


b) KESILAPAN YANG TIDAK DISEDARI KETIKA SEDANG MENJAWAB SOALAN

1. Over Confident
2. Menjawab soalan mengikut apa yang diketahui bukan mengikut kehendak soalan
3. Tulisan yang tidak kemas
4. Tergesa-gesa
5. Soalan belum habis dibaca tetapi telah memilih jawapan
6. Meletakkan harapan yang terlalu tinggi
7. Panik yang tidak terkawal
8. Kerisauan yang terlalu tinggi terhadap kegagalan
9. Tidak urus masa dengan betul
10. Memindahkan pilihan jawapan yang tidak betul : jawapan yang dipilih B tetapi menandakan jawapan di kertas jawapan D : akibat cuai
11. Menukar pilihan jawapan di saat akhir.
12. Keluar ke tandas ketika peperiksaan sedang berlangsung tanpa sebab yang munasabah.

PROGRAM INTEGRASI ERAT & KHIDMAT MASYARAKAT "UNITY THROUGH DIVERSITY" bertempat di MELAKA

Tuesday, April 13, 2010



Pada 2-4 April 2010, seramai 10 orang wakil dari ahli SRN telah terpilih untuk mengikuti program kerjasama SRN UPSI dengan pihak BAKSAR UPSI yang bertempat di UTEM, Melaka. program tersebut turut digandingkan sekali dengan pihak PERMAS, Universiti Teknikal Malaysia, Melaka. Program tersebut adalah seliaan daripada kalangan anak-anak Sarawak.



Namun demikian, terdapat juga penyertaan dari Sabah dan Semenanjung. Sepanjang program banyak input-input yang menarik diperolehi disamping dapat mengenali dengan lebih dekat budaya masyarakat yang berbilang kaum. Antara aktiviti yang dilaksanakan seperti khidmat masyarakat di Kampung Tebong, program dengan pelajar sekolah dan rukun tetangga.


Sebelum berangkat balik ke UPSI, pihak UTEM telah membawa kami bersiar-siar melihat Bandar Bersejarah Melaka. Antara destinasi kunjungan kami seperti eye on Malaysia, A Famosa, Muzium yang terdapat sekitar bandar tersebut, menaiki beca, melihat persisiran Selat Melaka dan sebagainya.


Terdapat banyak khazanah yang bersejarah yang boleh dilihat di Melaka. Hal ini sekaligus melahirkan semangat patriotisme dalam kalangan peserta kerana melihat perjuangan yang telah dilakukan oleh pejuang-pejuang terdahulu.

Selamat Menduduki Peperiksaan



SEKRETARIAT RUKUN NEGARA UPSI MENGUCAPKAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN KEPADA AHLI SRN DAN SEMUA MAHASISWA/WI UPSI


MAJLIS TERTINGGI & EXCO SRN MENGHARAPKAN AGAR MEMPEROLEH KEJAYAAAN



" Usaha Tangga Kejayaan"

..................................................

Malam Anugerah Keterampilan Pelajar 2010

Sunday, April 11, 2010



Pada 2 April 2010, SRN UPSI memenuhi jemputan ke majlis tersebut.


SRN UPSI bersama Naib Censelor UPSI


Bergambar dengan Timbalan Naib Censelor HEP UPSI

menikmati jamuan di meja vip


Malam Rantaian Kasih 9/4/2010

Jamuan yang disediakan



program tautan kasih seribu sinar

Friday, April 9, 2010

Pada 4 April 2010, Exco Kebajikan & kemasyarakatan SRN UPSI telah mengadakan program tersebut bertempat di Rumah Anak-Anak Yatim & Orang Tua Kinta (HAWA), Ipoh Perak. Program tersebut bertujuan untuk mendekatkan diri ahli SRN UPSI dengan orang-orang tua dan anak-anak yatim.
Selain itu, program tersebut dapat memdidik ahli untuk unit untuk lebih menghargai golonga orang tua dan anak yatim di sana. Seramai 4o orang ahli telah bertolak ke Ipoh pada pukul 6.30 pagi dan sampai disana pada pukul 8.00 pagi


Terdapat pelbagai program yang dilakukan bagi mengeratkan silaturrahim antara kami. Selanjutnya, pada pukul 3.30 petang, berlangsung majlis penutupan program tersebut. ahli bertolak ke UPSI pada pukul 6.00 petang

PERHATIAN : JAMUAN AKHIR SEMESTER SRN UPSI 09/10

Tuesday, April 6, 2010

Perhatian!!!!!
Sukacita dimaklumkan kepada semua ahli SRN yang berminat menyertai dinner SRN UPSI pada 09 APRIL 2010, sila bayar duit RM 5 sahaja. Bayaran tersebut boleh dibayar di meja persatuan bermula seperti berikut :

Hari : Hari ini shingga Khamis
Masa : 11 pagi - 2 petang

Kerjasama ahli SRN UPSI yang budiman amat dihargai..Terima Kasih

Bengkel Penerbitan & Informasi.

Sunday, April 4, 2010

Buat julung kalinya Unit Lensa Prima dan Terbitan Unggul di bawah Exco Penerbitan & Informasi menganjurkan satu program yang dinamakan Bengkel Penerbitan & Informasi berlangsung dengan jayanya. Program ini berlangsung pada 28 Mac 2010 bermula seawal 8.30 pagi hingga jam 1.00 tengahari. Objektif yang menjadi sasaran pelaksanaan program tersebut antaranya ialah dengan memberi pendedahan berkaitan dengan bidang tugas Unit Lensa Prima & Terbitan Unggul dalam memantapkan gerak kerja yang bermutu. Antara pendedahan yang dapat dikongsikan ialah cara-cara untuk menghasilkan banner, mereka design t-shirt, bunting serta membuat blog. Pelbagai input yang diberikan, semoga dapat dimanfaatkan bersama.

KUNJUNGAN SRN KE PROGRAM MENGENANG TOKOH NEGARAWAN ALLAHYARHAM TUN ABDUL RAZAK

Thursday, April 1, 2010



Tanggal 28 Mac 2010, SRN UPSI menerima jemputan supaya memeriahkan lagi program anjuran UPSI di Dewan SITC. Terdapat ramai ahli SRN yang berkunjung ke program tersebut yang diketuai oleh Mohd Rezuan Hamzah yang berlangsung pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 11.00 pagi. Antara objektif program tersebut ialah memberi peluang kepada seluruh rakyat negara ini mengenali tokoh negarawan iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak. Selain itu, program ini mendorong dan menggalakkan pelbagai lapisan rakyat bersama-sama menghargai dan menjiwai jasa-jasa Allahyarham Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua dan juga sebagai 'Bapa Pembangunan'. Objektif seterusnya, meningkatkan perasaan kebersamaan dan bersatu padu dalam kalangan masyarakat Malaysia sejajar dgn aspirasi 1 Malaysia. Selanjutnya, ahli SRN UPSI menikmati sedikit makanan sebelum bersurai.