Have an account?

PROGRAM MALAM SERIBU DINAR

Saturday, March 27, 2010






JUMAAT, 26 Mac 2010, jam 8.15 malam, Sekalung budi diucapkan kepada para ahli SRN UPSI yang banyak memberi komitmen yang sepenuhnya demi untuk menaikkan nama SRN menjadi lebih gah lagi. Oleh itu, objektif "program malam seribu dinar" ini adalah untuk meraikan kejayaan ahli yang telah menjayakan Pameran dan Booth jualan SRN UPSI di Fiesta Ilmu Kolej Aminuddin Baki pada 25-28 Februari 2010. Selain itu, kejayaan ini juga dikongsi dengan peserta Expidisi Gunung Stong yang berjaya membawa nama SRN UPSI ke puncak gunung tersebut. Ucapan tahniah juga kepada tunggak utama iaitu Exco Economi & Keusahawanan dan Exco Perhubungan Awam & Antarabangsa diatas pengorbanan mereka di Fiesta Ilmu KAB. Seterusnya, penyampaiaan sijil oleh En. Mazlan kepada ahli-ahli yang banyak memberikan komitmen tersebut dan terdapat sedikit jamuan ringan sebelum majlis bersurai pada pukul 11.00 malam.

PROGRAM GERAK GEMPUR SRN UPSI

Thursday, March 25, 2010

Hari Khamis 25 Mac 2010 jam 10.00 pagi, Yang Di-Pertua SRN iaitu Saudara Zulhusni telah melancarkan suatu program gerak gempur di kampus UPSI. Objektif perlaksanaan program tersebut adalah untuk menonjolkan keutuhan ahli-ahli SRN berganding bahu untuk menonjolkan lagi nama SRN di UPSI. Selain itu, program tersebut ingin memberi penekanan terhadap konsep Rukun Negara dan harapan 1 Malaysia dalam kalangan Mahasiswa.
Antara penggerak yang menjayakan program tersebut ialah semua ahli SRN UPSI dan kumpulan sasarannya ialah semua mahasiswa UPSI. Seterusnya, Jabatan Penerangan Malaysia membekalkan 500 poster Harapan 1 Malaysia dan SRN menyediakan 400 penanda buku untuk diagihkan di beberapa lokasi yang telah ditetapkan. Tempat-tempat yang telah ditetapkan ialah di kawasan Kampus Sultan Azlan Shah UPSI iaitu Pintu Timur, Perpustakaan, Taman Universiti, Taman Bernam, Pintu Kecik dan sekitar deretan kedai dihadapan kampus. Selanjutnya, pengagihan poster dan penanda buku berakhir pada 11.30 pagi dan sedikit minuman telah disediakan kepada semua ahli sebelum bersurai.
(klik untuk besarkan imaj)

sehari ke parlimen

Wednesday, March 24, 2010




Pada 24 Mac 2010 (Rabu), SRN UPSI yang diketuai oleh Exco Perhubungan Awam & Antarabangsa telah mengadakan lawatan ke Parlimen Malaysia. Seterusnya, seramai 40 ahli SRN UPSI yang terpilih, terdiri daripada ahli di bawah pelbagai Exco menaiki sebuah bas menuju ke Parlimen. Pada pukul 12.00 tengah hari, bas kami bergerak ke Kuala Lumpur dan sampai ke Parlimen pada pukul 1.30 petang. Selanjutnya, kami telah disambut oleh pengiring dari PRO Parlimen iaitu En.Rashid untuk menguruskan kemasukan ke Dewan yang mulia tersebut. Pada pukul 2.15 petang, kami diberi taklimat mengenai peraturan di dalam Dewan tersebut. Ahli SRN UPSI telah memasuki ke Dewan yang mulia untuk mendengar perbahasan usul secara beratur dan penuh tertib. Bersama-sama kami, terdapat juga lawatan dari UPM,UTM, beberapa sekolah dari Johor dan Melaka. Selain itu, masa yang diberikan untuk mendangar perbahasan tersebut ialah 1 jam sahaja. Seterusnya, kami dibawa oleh pengiring ke Dewan Negara untuk perjelasan secara lanjut mengenai peranan Parlimen dan Kerajaan. Sesi soal jawab juga wujud antara ahli SRN UPSI dengan PRO Parlimen tersebut. Kami bersurai dengan memberi cenderahati daripada Upsi kepada pengiring iaitu En.Rashid dan bergambar kenangan di kawasan Parlimen. Kami bertolak pulang ke UPSI pada pukul 5.00 petang.

logo baru SRNUPSI

Sunday, March 21, 2010


logo baru SRN UPSI....

SRN Di Pesta Ponggal (20/11/2010)

(klik untuk besarkan imej)

Seramai 19 orang wakil daripada Sekretariat Rukun Negara UPSI telah hadir ke Pesta Ponggal yang telah dijalankan pada 20 Mac 2010 di Dewan SITC.Perwakilan SRN UPSI yang hadir kali ini bukan hanya diwakili daripada kaum melayu sahaja tetapi melibatkan kaum cina, iban dan juga melayu Sarawak.Sekalung ucapan tahniah kami ucapkan kepada seluruh warga pelaksana Pesta Ponggal Kerana berjaya menjayakan program yang gemilang ini.Matlamat kehadiran SRN pada kali ini adalah untuk membuktikan kami (SRN) serius dalam memperjuangkan isu perpaduan dan patriotisme di kampus-kampus.Kesinambungan daripada ini kami sentiasa menyokong setiap program-program terutamanya daripada seluruh kaum dan etnik di Malaysia.

"Membudayakan Perpaduan, Meraikan Kepelbagaian"






SEKITAR GAMBAR SEPANJANG FIESTA PONGGAL
(klik untuk besarkan imej)

new : program sehari ke parlimen

Wednesday, March 17, 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Exco Perhubungan Awam & Antarabangsa telah menerima penyertaan ahli SRN UPSI seramai 40 orang atau 1 bas untuk memenuhi lawatan sehari ke Parlimen di Kuala Lumpur. Lawatan tersebut akan dijalankan seperti berikut :-

Tarikh : 24 Mac 2010
Hari : Rabu
Bertolak dari UPSI : 10.45 pagi
Tempat naik bas : Garaj bas

Oleh itu, para peserta yang terpilih untuk mengikuti lawatan ini DIWAJIBKAN untuk membayar RM5 bagi proses pengurusan bas UPSI.

latterhead SRN UPSI

Sunday, March 14, 2010

GERAI 1 MALAYSIA DAN BOOTH PAMERAN SRN DI FIESTA ILMU KAB, Meriah

Monday, March 8, 2010



25-28 Februari : Tahniah kepada Exco Ekonomi & Keusahawanan serta Exco Perhubungan & Antarabangsa kerana telah menjayakan program yang telah dirancangkan iaitu Gerai 1 Malaysia dan Pameran Sekretariat Rukun Negara di tapak Fiesta Ilmu Kolej Aminuddin Baki. Kelihatan ramai pelajar dan orang awam telah berkunjung ke Gerai 1 Malaysia dan dapat memperoleh banyak maklumat yang berguna di booth pameran SRN UPSI.

Lawatan Integrasi ke Universiti Teknologi Petronas








7 Februari 2010 : Sekretariat Rukun Negara Universiti Pendidikan Sultan Idris (SRN UPSI) telah mengadakan Lawatan Integrasi Inter-U dengan Sekretariat Rukun Negara UTP (SERUKUN UTP). Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk berbincang beberapa program bersama-sama pihak SRN di UTP dan bertukar-tukar idea dan pendapat bagi memastikan kedua-dua pihak mendapat manfaat dalam perbincangan itu dan pada masa yang sama dapat menjalinkan hubungan yang akrab antara kedua-dua pihak Berbincang beberapa program bersama-sama pihak SRN di UTP dan bertukar-tukar idea dan pendapat bagi memastikan kedua-dua pihak mendapat manfaat dalam perbincangan itu dan pada masa yang sama dapat menjalinkan hubungan yang akrab antara kedua-dua pihak.Terdapat beberapa agenda yang telah dilaksanakan antaranya ialah perkongsian idea dan bertukar-tukar pandangan. Selain itu, SRN UPSI dan SERUKUN UTP menerangkan program yang telah dan bakal dijalankan serta menilai terus program yang telah dijalankan. Seterusnya, memberi pendedahan baru kepada kedua-dua belah pihak Sekretariat Rukun Negara. Agenda yang terakhir ialah menjalinkan hubungan yang akrab antara kedua-dua belah pihak.Kami juga dibawa oleh wakil SERUKUN UTP melawat bangunan bahagian ekademik UTP, masjid, tasik dan lain-lain lagi.


Ekspedisi Mendaki gunung Stong – (12-15) Februari 2010.




Objektif :

menguji daya ketahanan diri ahli-ahli yang menyertai ekspedisi disamping mewujudkan budaya hidup sihat dalam kalangan ahli-ahli SRN seterusnya mewujudkan semangat berpasukan antara ahli dalam usaha untuk memastikan kejayaan sebagai satu pasukan.

Kejohanan Bowling Perpaduan – 05 Februari 2010

Sunday, March 7, 2010




Tentatif program lawatan kerja ke JPNIN tidak berakhir di bangunan kerajaan tersebut. Walau bagaimanapun, SRN UPSI telah merancang untuk mengadakan sesuatu permainan untuk menyatupadukan sesama ahli SRN sendiri. oleh itu, tercetuslah Kejohanan Bowling Perpaduan selepas lawatan kerja ke JPNIN Putrajaya. Game tersebut bermula pada pukul 3 petang dan berakhir pada pukul 5 petang bertempat di Alamanda Shopping Compleks,Putrajaya. Objektif kejohanan Bowling Perpaduan adalah untuk memupuk semangat perpaduan dan kerjasama berpasukan dalam kalangan ahli yang berbilang kaum di dalam pertandingan boling yang mana mampu untuk merapatkan lagi persaudaraan sesama ahli dan majlis tertinggi SRN.

Kunjungan Kerja ke JPNIN, Putrajaya Siri ke-3 – 05 Februari 2010




Sekretariat Rukun Negara Universiti Pendidikan Sultan Idris (SRN UPSI) telah mengadakan kunjungan kerja ke Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di Putrajaya pada 5 Februari 2010. Lawatan yang disertai seramai 35 orang ahli iaitu kebanyakkannya terdiri daripada barisan Majlis Tertinggi, Exco-exco dan Rakan Exco ini juga bertujuan untuk menyenaraikan serta berbincang mengenai program-program yang telah dan akan dijalankan oleh SRN UPSI dan keberkesanannya serta penambahbaikan yang perlu dibuat bagi memastikan pengurusan yang lebih lancar dan berjaya.


Diskusi ini berakhir kira-kira jam 12.00 tengah hari sebelum para perwakilan dijemput makan tengah hari. Selepas makan, para perwakilan telah mengambil gambar bersama-sama pegawai JPNIN untuk dijadikan kenangan. Memandangkan jam telah menunjukkan pukul 1.00 petang, para pewakilan terus menuju ke Masjid Putrajaya bagi mendirikan solat Jumaat. Selepas menunaikan solat Jumaat, Perwakilan SRN UPSI telah bertolak ke Alamanda kira-kira pukul 2.30 petang untuk meneruskan agenda seterusnya. Menurut YDP SRN UPSI Saudara Zulhusni b. Zulkipli, program sebegini akan dijadikan program tahunan bagi memastikan hubungan antara SRN UPSI dengan JPNIN akan bertambah erat.