Have an account?

BLOG DALAM PENYELENGARAAN

Saturday, January 30, 2010

Wajah-Wajah Harapan Pasukan Futsal SRN


KERJASAMA DAN SEMANGAT BERPASUKAN PENCETUS KEGEMILANGAN KAMI



SEKRETARIAT RUKUN NEGARA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SENARAI EXCO & RAKAN EXCO YANG TERPILIH

Wednesday, January 20, 2010

Tahniah diucapkan kepada semua Exco & Rakan Exco yang baru dipilih. Semoga anda menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh komited demi memastikan perpaduan terus subur di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Senarai nama pelajar yang terpilih adalah seperti berikit:


SENARAI NAMA EXCO DAN RAKAN EXCO YANG TERPILIH



"MEMBUDAYAKAN PERPADUAN, MERAIKAN KEPELBAGAIAN"

Sekitar Malam Jalinan Muhibbah Sekretariat Rukun Negara

Tuesday, January 12, 2010

TEMUDUGA PENGAMBILAN EXCO DAN RAKAN EXCO SEKRETARIAT RUKUN NEGARA

Sukacita dimaklumkan bahawa Perwakilan Sekretariat Rukun Negara Universiti Pendidikan Sultan Idris akan mengadakan sesi temuduga pengambilan Exco dan Rakan Exco yang baru. Oleh itu, ahli-ahli yang telah memohon untuk Jawatan Exco dan Rakan Exco dikehendaki menghadirkan diri berdasarkan maklumat berikut :

Hari : Jumaat
Tarikh : 15 Januari 2010
Masa : 8.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar, Bitarasiswa.

Selain itu, jadual temuduga boleh dimuaturun di bawah ini.

DOWNLOAD JADUAL TEMUDUGA

Untuk keterangan lebih lanjut boleh menghubungi Saudara Azmil B Joni di talian 013 - 6448033.

Jadual Bertugas Temuduga, Jadual Kaunter Pendaftaran Temuduga, dan Jadual Temuduga.

Perhatian kepada Majlis Tertinggi, Exco, dan Rakan Exco (RE Latihan dan Pembangunan Sahsiah, dan RE Kebudayaan dan Kesenian sahaja), jadual bertugas semasa hari temuduga boleh disemak dengan memuaturun senarai nama di bawah.Harap maklum.


MALAM JALINAN MUHIBBAH SEKRETARIAT RUKUN NEGARA

Tuesday, January 5, 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat Rukun Negara akan mengadakan Malam Jalinan Muhibbah Sekretariat Rukun Negara. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan barisan kepimpinan SRN bagi sesi 2010 disamping mampu merapatkan hubungan antara ahli-ahli SRN dengan barisan kepimpinan SRN. Program ini akan dirasmikan oleh En Faizi B. Othman iaitu penasihat Sekretariat Rukun Negara dan dijangka akan dihadiri oleh En Feizal B. Md. Shariff iaitu Timbalan Pendaftar unit Persatuan dan kelab dan En. Mazlan Mamat sebagai Penyelaras SRN UPSI. Berikut adalah maklumat tentang program ini:

Hari : Khamis
Tarikh : 7 Januari 2010
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Bilik Pameran Bitarasiswa

Sehubungan dengan itu, semua mahasiswa yang telah mendaftar iaitu siri 1 (nama boleh rujuk di Portal), Siri 2 (nama boleh rujuk di papan kenyataan kolej, hentian bas dan papan kenyataan di Bitarasiswa) dan siri 3 (yang sedang berlangsung di ruang legar Bitarasiswa) diwajibkan hadir pada malam tersebut. Kepada ahli yang belum lagi membayar yuran keahlian, anda dikehendaki menjelaskan yuran sebanyak RM 5 semasa pendaftaran pada malam tersebut.

Hari Pendaftaran Ahli Baru SRN Mendapat Sambutan Memberangsangkan

Pembukaan pengambilan ahli baru Sekretariat Rukun Negara (SRN)bagi sesi ke-3 yang diadakan pada semalam mendapat sambutan yang menggalakkan. Para mahasiswa mula mula mendaftarkan diri sebaik sahaja kaunter pendaftaran dibuka pada pukul 9.00 pagi. Walaupun keadaan pada awal pagi kelihatan agak lengang disebabkan kebanyakan pelajar mempunyai kelas tetapi keadaan ini bertukar menjadi sibuk menjelang pukul 10.00 pagi.

Kaunter pendaftaran yang dibuka di ruang legar Bitarasiswa

Walaupun yuran ahli dikenakan sebanyak RM 5 tetapi ianya tidak menghalang untuk mereka menyertai SRN UPSI. Kebanyakkan ahli baru yang mendaftar terdiri daripada pelajar semester 1 dan 2 yang ingin bergiat aktif dalam kegiatan berpersatuan. Sambutan yang diterima untuk pengambilan ahli kali ini mendapat sambutan diluar jangkaan sehingga borang keahlian terpaksa ditambah bagi memenuhi permintaan yang terlalu banyak. Kaunter pendaftaran ahli telah ditutup pada pukul 5.00 petang dan akan dibuka semula pada hari Rabu dan Khamis. Pengambilan ahli SRN kali ini merupakan siri terakhir bagi memastikan SRN terus mantap dalam pelaksanaan program yang akan dijalankan.

JADUAL BERTUGAS PENGAMBILAN AHLI BARU SRN

Monday, January 4, 2010

Perhatian kepada semua AJK hari pendaftaran ahli baru, anda semua boleh menyemak jadual bertugas untuk menjaga kaunter pendaftaran di bawah.

PENGAMBILAN EXCO DAN AHLI BARU SEKRETARIAT RUKUN NEGARA (SRN)

Friday, January 1, 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Sekretariat Rukun Negara akan mengadakan pengambilan EXCO & AHLI BARU. Oleh itu kepada sesiapa yang berminat dan mempunyai komitmen yang tinggi terhadap persatuan bolehkan menyertai komuniti SRN UPSI supaya agenda mengukuhkan perpaduan kaum di Kampus secara khususnya mencapai kejayaan. Berikut adalah maklumat tentang pendaftaran exco dan ahli baru SRN:

HARI : SELASA, RABU & KHAMIS
TARIKH : 5,6 & 7 JANUARI 2010
MASA : 9.00 PAGI HINGGA 4.30 PETANG
TEMPAT : RUANG LEGAR BITARASISWA

Kami daripada pihak Majlis Tertinggi mengalu-alukan penyertaan anda semua dalam komuniti SRN. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi saudara Rezuan di talian 019-4429335 ataupun emel kepada srnupsi@gmail.com.