Have an account?

SRN UPSI Lancarkan Group Jaringan Sekretariat Rukun Negara Malaysia di Facebook

Friday, December 25, 2009

Buat Pengetahuan Semua mahasiswa UPSI dan juga warga SRN, SRN UPSI kini telah menwujudkan Group Jaringan Sekretariat Rukun Negara Malaysia (SRN) bagi mengumpulkan warga-warga SRN dari seluruh IPT.Kewujudan group ini dilihat mampu menjadi jambatan penghubung diantara semua pemimpin-pemimpin SRN dan ahli-ahli SRN IPT untuk bertukar-bertukar maklumat dan pandangan diantara satu sama lain.

Group ini telah diwujudkan 2 bulan yang lalu dan kini dalam usaha meningkatkan lagi jumlah ahli group ini.Group ini telah wujud hasil daripada saranan beberapa Majlis Tertinggi dan juga exco SRN dalam beberapa pertemuan.Rentetan dari Kolokium SRN yang telah diadakan di Port Dickson, exco yang bertanggungjawab bagi tugas ini telah melakukan beberapa promosi dalam usaha menambahkan lagi ahli SRN.

Dengan adanya saluran sebegini, mahasiswa, terutamanya ahli-ahli SRN akan dapat terus berhubung sesama mereka dan seteruskan datu paradigma baru terutamanya dalam menjadi agen perpaduan dan patriotisma di kampus-kampus.

Untuk makluman kini bagi fasa pertama pengambilan ahli, SRN UPSI kini dibarisi seramai 216 orang ahli , 24 orang Rakan exco, 18 Ketua Unit, 18 Exco dan 11 Majlis tertinggi.Buat Pengetahuan Semua, pengambilan ahli baru bagi fasa kedua akan berlangsung dalam masa terdekat yang akan diberitahu kelak




"Membudayakan Perpaduan, Meraikan Kepelbagaian"

0 comments: