Have an account?

KOLOKIUM SEKRETARIAT RUKUN NEGARA

Sunday, November 29, 2009

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perpaduan & Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri (JPNIN, JPM) akan menganjurkan Kolokium Sekretariat Rukun Negara pada 9-11 Disember 2009 bertempat di Tiara Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Berikut merupakan maklumat lengkap mengenai perjalanan program tersebut :

Tarikh   : 9 - 11 Disember 2009
Tempat : Tiara Beach Resort, Port Dickson, N9
Check In : 9 Disember 2009 (2.00 - 5.00 ptg)
Check Out : 11 Disember 2009 (2.00 ptg)

Justeru pihak pengurusan SRN UPSI menawarkan 3 kekosongan tempat untuk mana-mana exco atau rakan exco untuk bersama-sama untuk menyertai kolokium ini.Harap Maklum.


Yang Menjalankan Tugas

Yang Dipertua
Sekretariat Rukun Negara
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Download eBook 1 Malaysia

Kini Semua Warga UPSI dan Semua Pelawat blog ini boleh mendapatkan ebook 1 Malaysia di blog SRN UPSI.Bagi Mana-mana mahasiswa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai konsep 1 Malaysia, Anda boleh terus muat turun terus di :


                                             eBOOK 1 MALAYSIA

SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA

Tuesday, November 24, 2009



Kami daripada Sekretariat Rukun Negara UPSI ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua warga UPSI yang beragama Islam. Semoga Hari Raya Aidiladha ini kita rapatkan hubungan persaudaraan yang telah lama wujud.

"MEMBUDAYAKAN PERPADUAN, MERAIKAN KEPELBAGAIAN"

FOTO SEKITAR MAJLIS PELANCARAN PIAGAM KEEHSANAN




Para peserta yang terdiri daripada Perwakilan Sekretariat Rukun Negara UPSI



Sebahagian daripada peserta yang hadir

 
Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi yang hadir untuk merasmikan majlis ini



Perwakilan SRN UPSI turut bergambar di pentas utama



Pameran turut diadakan di luar dewan

 
YDP SRN turut menurunkan tandatangan untuk menyatakan sokongan terhadap program yang dijalankan



Perwakilan SRN UPSI yang hadir untuk menyatakan sokongan terhadap program yang dijalankan



Bergambar di Luar Hotel bersama penasihat sebelum berangkat pulang ke UPSI

HARI INI DALAM SEJARAH : 14/11/1957

Friday, November 13, 2009

Tanggal 14/11/1957, Pendaftaran Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu yang baru sahaja mencapai kemerdekaan telah dimulakan. Permohonan serta pendaftaran kerakyatan ini telah dijalankan di pejabat-pejabat daerah dan pendaftaran di seluruh negara. Antara syarat untuk mendapatkan pendaftaran kerakyatan Persekutuan ialah pemohon mestilah dilahirkan  di  Persekutuan, berumur 13 tahun ke atas dan telah tinggal di Persekutuan selama 5 tahun daripada 7 tahun sebelum membuat permohonan; bagi pemohon yang berumur 18 tahun ke atas, dan tidak dilahirkan di persekutuan tetapi berada di negara ini di hari merdeka, mereka hanya layak memohon jika mereka telah tinggal selama 8 tahun daripada 12 tahun sebelum membuat permohonan. Pemohon juga mestilah berkelakuan baik serta bertujuan untuk menjadikan Persekutuan Tanah Melayu sebagai tempat tinggal mereka yang tetap. Selain itu, mereka juga mestilah mempunyai pengetahuan bahasa kebangsaan; Pemohon yang berjaya mendapat kerakyatan dengan cara pendaftaran ini mestilah mengangkat sumpah taat setia yang tidak berbelah bagi terhadap Persekutuan Tanah Melayu. Warganegara yang mempunyai kerakyatan negara lain mestilah membatalkan taraf kerakyatan dan taat setia mereka terhadap negara tersebut untuk menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Sesungguhnya, dengan pelancaran pendaftaran kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu pada hari ini dalam tahun 1957, telah membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi warganegara atau rakyat di negara ini.

(Sumber: Arkib Negara Malaysia)

Majlis Pelancaran Piagam Belas Kasihan Peringkat GLOBAL

Tuesday, November 10, 2009

Buat Makluman Kepada Semua Ahli Sekretariat Rukun Negara, Satu Majlis Pelancaran Piagam Belas Kasihan peringkat Global akan diadakan pada 12 November 2009, bertempat di Hotel Hilton Petaling Jaya.Program ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan dan memupuk sifat belas kasihan tanpa mengira etnik, bangsa dan agama.Berikut merupakan maklumat program tersebut.

Program : The Charter for Compassion
Tarikh    : 12 November 2009 (Khamis)
Tempat  : PJ Hilton
Masa     : 10 am- 4 Pm
Anjuran Bersama  : 1.Yayasan Budi Penyayang Malaysia
                              2. Malaysia Interfaith Network (MIN)
                              3.International Movement of Just World (JUST)

Tetamu Kehormat : 1) Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi
                                  (Mantan Perdana Menteri Ke-5)
                               2) Dr. Chandra Muzaffar
                                   ( President JUST)

Justeru beberapa ahli Sekretariat Rukun Negara telah terpilih untuk bersama-sama memeriahkan lagi majlis pelancaran tersebut.Antara Nama-Nama terpilih adalah seperti berikut :



Tahniah kepada ahli SRN yang telah terpilih untuk bersama-memeriahkan lagi majlis pelancaran tersebut.Kepada ahli yang terpilih untuk mewakili SRN, anda diminta untuk berkumpul seperti maklumat dibawah:

Tarikh   :  12 November 2009
Masa    : 8.00 am
Tempat : Bangunan JHEPA.

Segala kerjasama dari anda semua amat dihargai


Berkhidmat untuk Negara

Yang Dipertua
Sekretariat Rukun Negara UPSI

"Membudayakan Perpaduan, Meraikan Kepelbagaian"

Pertandingan Fotografi Dan Sayembara Puisi Perpaduan 2009

Wednesday, November 4, 2009




Pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah menganjurkan dua pertandingan iaitu Pertandingan Fotografi Perpaduan dan Pertandingan Sayembara Puisi Perpaduan 2009. Tema bagi pertandingan ini adalah berkonsepkan "1 MALAYSIA". Pertandingan ini berlangsung selama sebulan dan berakhir pada 30 November 2009. Pihak Sekretariat Rukun Negara UPSI menjemput semua ahli SRN  dan semua pelajar UPSI untuk sama-sama menyertai pertandingan ini. Berikut adalah borang dan syarat-syarat pertandingan;

"MEMBUDAYAKAN PERPADUAN, MERAIKAN KEPELBAGAIAN"