Have an account?

SEMINAR PENGURUSAN KERTAS KERJA

Monday, October 26, 2009

Majlis Tertinggi (MT) Sekretariat Rukun Negara telah mengadakan Seminar Pengurusan Kertas Kerja bagi memberi penjelasan dan penerangan kepada semua barisan exco tentang pengurusan kertas kerja bagi sesebuah program. Seminar yang berlangsung selama setengah hari ini telah diadakan di Dewan Kuliah D bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 petang. Seminar ini telah diwajibkan kepada semua barisan exco dan rakan exco supaya mereka lebih memahami lebih mendalam tentang proses dan cara dalam melaksanakan sesuatu program.

        Seminar ini bermula dengan para peserta mendengar penjelasan dan penerangan daripada Saudara Zulhusni iaitu selaku Yang Dipertua Sekretariat Rukun Negara. Dalam slot ini, peserta diberi penerangan secara terperinci tentang pengurusan kertas kerja termasuklah cara-cara berurusan dengan pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA). Selepas penerangan diberikan, para peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan sebelum diberi tugasan untuk menyiapkan sebuah kertas kerja dalam masa satu jam. Selepas itu, para peserta membentangkan kertas kerja yang dibuat masing-masing sambil diperhatikan dan dinilai oleh saudara Zulhusni dan saudara Rezuan iaitu selaku Naib Yang Dipertua SRN. Selepas pembentangan dilakukan, komen akan diberikan bagi memastikan memastikan matlamat seminar ini dicapai.

         Seminar ini berakhir dengan aktiviti penyampaian hadiah kepada kumpulan terbaik yang membentangkan aktiviti yang dirancang iaitu kumpulan 2 manakala pembentang terbaik jatuh kepada saudari Aslinah Bt. Abdul Majid iaitu Exco Ekonomi & Keusahawanan. Menurut wakil daripada pihak Majlis Tertinggi berkata bahawa pihak MT akan memastikan program sebegini akan sentiasa diadakan supaya kesemua exco dan rakan exco yang baru dilantik memahami dalam membuat kertas kerja.

"MEMBUDAYAKAN PERPADUAN, MERAIKAN KEPELBAGAIAN"

0 comments: