Have an account?

Lawatan Integrasi SRN UPSI ke JPNIN

Saturday, October 31, 2009


  Perwakilan SRN UPSI yang mengikuti Lawatan Integrasi ke JPNIN Putrajaya

    Sekretariat Rukun Negara Universiti Pendidikan Sultan Idris (SRN UPSI) telah mengadakan lawatan integarasi ke Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di Putrajaya pada 16 Oktober 2009. Lawatan merupakan program pertama SRN UPSI sejak ditubuhkan pada bulan Ogos lepas bagi berdiskusi bersama pegawai-pegawai JPNIN terutamanya berkaitan dengan Sekretariat Rukun Negara. Lawatan yang disertai seramai 29 orang ahli iaitu kebanyakkannya terdiri daripada barisan Majlis Tertinggi, Exco-exco dan Rakan Exco ini juga bertujuan untuk mendapat penjelasan secara lebih terperinci berkaitan objektif penubuhan Sekretariat Rukun Negara di IPT disamping merapatkan lagi hubungan antara SRN UPSI dengan JPNIN.



 YDP SRN UPSI memberi sedikit taklimat kepada peserta


     Perwakilan SRN UPSI telah bertolak pada pukul 7.30 pagi dari UPSI dan tiba di Putrajaya pada pukul 9.00 pagi sebelum disambut oleh pegawai JPNIN En. Mohd Shahril. Seterusnya Perwakilan SRN UPSI terus dibawa ke bilik audiovisual di tingkat 8 untuk diberi sedikit taklimat oleh Pn. Norazila sebelum dipertontonkan video yang berkaitan perpaduan selama 15 minit. Selepas itu, Perwakilan SRN UPSI terus dijemput ke Bilik Tetamu Mesyuarat bagi mengadakan sesi diskusi dan perbincangan secara mendalam tentang Sekretariat Rukun Negara.


Para Perwakilan SRN UPSI khusyuk mendengar taklimat yang disampaikan

    Diskusi ini berakhir kira-kira jam 12.00 tengah hari sebelum para perwakilan dijemput makan tengah hari. Selepas makan, para perwakilan telah mengambil gambar bersama-sama pegawai JPNIN untuk dijadikan kenangan. Memandangkan jam telah menunjukkan pukul 1.00 petang, para pewakilan terus menuju ke Masjid Putrajaya bagi mendirikan solat Jumaat. Selepas menunaikan solat Jumaat, Perwakilan SRN UPSI telah bertolak pulang kira-kira pukul 2.30 petang. Menurut YDP SRN UPSI Saudara Zulhusni b. Zulkipli, program sebegini akan dijadikan program tahunan bagi memastikan hubungan antara SRN UPSI dengan JPNIN akan bertambah erat.


   Perjalanan pulang ke UPSI


"MEMBUDAYAKAN PERPADUAN, MERAIKAN KEPELBAGAIAN"

Senarai Rakan Exco terpilih bagi sesi ke-2

 SENARAI RAKAN EXCO YANG TERPILIH BAGI FASA KEDUA

Tahniah Diucapkan Kepada Semua Yang Berjaya.Semoga Kejayaan ini menjadi titik tolak bagi permulaan menuju kecemerlangan

Mesyuarat Khas Perwakilan SRN

Thursday, October 29, 2009

Buat Makluman semua Exco Perwakilan Sekretariat Rukun Negara, Anda semua Diwajibkan Untuk Hadir ke Mesyuarat Khas yang akan diadakan seperti maklumat berikut :

Tarikh : 30 Oktober 2009
Hari    : Jumaat
Tempat : Pusat Kegiatan Pelajar KAB
Masa : 10 Malam

Agenda

1) Follow up Perkembangan Unit-unit Dalam exco SRN
2) Pengurusan dan Penghantaran Paperwork Untuk Aktiviti akan datang
3)Pembahagian T-shirt rasmi SRN fasa ke-2
4) Perkara-perkara berbangkit

HARAP MAKLUM

Yang Menjalankan Tugas

Yang Dipertua
Sekretariat Rukun Negara
Universiti PEndidikan Sultan Idris

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Monday, October 26, 2009



Pihak Sekretariat Rukun Negara mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua ahli Sekretariat Rukun Negara. Sempena musim peperiksaan ini, kami berharap anda semua menjaga kesihatan terutama pada keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu. Selain itu, pastikan persediaan awal dibuat supaya kita tidak tertinggal perkara penting semasa peperiksaan seperti kad metrik, slip peperiksaan, k/pengenalan dan segala kelengkapan alat tulis. Berikut adalah beberapa tips kepada anda semua untuk memudahkan menjawab kertas peperiksaan:
  1. Membaca Bismillah
  2. Baca Al-Fatihah sekali dan selawat 3 kali
  3. Berdoa dlm hati ikhlas dan penuh harapan
  4. Baca soalan dengan tenang. Faham kehendak soalan
  5. Jawapan tidak terlalu pendek &  tidak terlalu panjang
  6. Jawapan mestilah releven yakni berkaitan dengan soalan
  7. Ayat-ayat mestilah pendek dan betul struktur tatabahasanya
  8. Tulisan mudah dibaca dan jelas

SEMINAR PENGURUSAN KERTAS KERJA

Majlis Tertinggi (MT) Sekretariat Rukun Negara telah mengadakan Seminar Pengurusan Kertas Kerja bagi memberi penjelasan dan penerangan kepada semua barisan exco tentang pengurusan kertas kerja bagi sesebuah program. Seminar yang berlangsung selama setengah hari ini telah diadakan di Dewan Kuliah D bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 petang. Seminar ini telah diwajibkan kepada semua barisan exco dan rakan exco supaya mereka lebih memahami lebih mendalam tentang proses dan cara dalam melaksanakan sesuatu program.

        Seminar ini bermula dengan para peserta mendengar penjelasan dan penerangan daripada Saudara Zulhusni iaitu selaku Yang Dipertua Sekretariat Rukun Negara. Dalam slot ini, peserta diberi penerangan secara terperinci tentang pengurusan kertas kerja termasuklah cara-cara berurusan dengan pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA). Selepas penerangan diberikan, para peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan sebelum diberi tugasan untuk menyiapkan sebuah kertas kerja dalam masa satu jam. Selepas itu, para peserta membentangkan kertas kerja yang dibuat masing-masing sambil diperhatikan dan dinilai oleh saudara Zulhusni dan saudara Rezuan iaitu selaku Naib Yang Dipertua SRN. Selepas pembentangan dilakukan, komen akan diberikan bagi memastikan memastikan matlamat seminar ini dicapai.

         Seminar ini berakhir dengan aktiviti penyampaian hadiah kepada kumpulan terbaik yang membentangkan aktiviti yang dirancang iaitu kumpulan 2 manakala pembentang terbaik jatuh kepada saudari Aslinah Bt. Abdul Majid iaitu Exco Ekonomi & Keusahawanan. Menurut wakil daripada pihak Majlis Tertinggi berkata bahawa pihak MT akan memastikan program sebegini akan sentiasa diadakan supaya kesemua exco dan rakan exco yang baru dilantik memahami dalam membuat kertas kerja.

"MEMBUDAYAKAN PERPADUAN, MERAIKAN KEPELBAGAIAN"

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI




Kami daripada Sekretariat Rukun Negara Universiti Pendidikan Sultan Idris (SRN UPSI) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua ahli SRN UPSI secara khususnya dan kepada semua pelajar UPSI yang beragama Hindu secara umumnya. Semoga perayaan ini disambut meriah disamping keluarga yang tercinta. Kepada mereka yang bukan beragama Hindu juga marilah kita sama-sama meraikannya  kerana ini dapat merapatkan lagi hubungan antara kita. Selain itu, marilah kita mengamalkan budaya ziarah-menziarahi rumah rakan-rakan supaya perpaduan yang telah wujud diantara kita semakin kukuh dan teguh agar semangat 1 Malaysia akan menjadi kenyataan.

"MEMBUDAYAKAN PERPADUAN, MERAIKAN KEPELBAGAIAN"

Titian Cinta SRN UPSI Ke JPNIN

Sunday, October 25, 2009







ALUAN YANG DIPERTUA

Pelancaran Unit-unit Exco SRN

Thursday, October 22, 2009

Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa
1) Unit perhubungan SRN
2) Unit Pameran & Penajan

Exco Akademik & Kerjaya
1) Unit Nasionalisme
2) Unit Fasilitator

Exco Kebajikan & Kemasyarakatan
1) Unit Kebajikan
2) Unit Kemasyarakatan

Exco Perpaduan & Integrasi
1) Unit 1 Suara
2) Unit Merpati

Exco Sukan & Rekreasi
1) Unit Aktiviti
2) Unit Pentadbiran & Pengurusan

Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah
1) Unit Perhubungan Agama
2) Unit Pembangunan Insaniah

Exco Kesenian & Kebudayaan
1) Unit Kreatif Artistik
2) Unit Mustika Emas

Exco Ekonomi & Keusahawanan
1) Unit Pemasaran
2) Unit Inovasi Niaga

Exco Penerbitan & Informasi
1) Unit Lensa Prima
2)Unit Terbitan Unggul

Diharap dengan tertubuhnya semua unit-unit SRN secara rasmi akan dapat membantu SRN terus bertapak maju di UPSI.Bersama kita menyemai semangat patriotisme & cintakan negara, agar kesenangan yang kita kecapi sekarang dapat dirasai sehingga generasi akan datang.

Salam Perpaduan, Salam 1 Malaysia


  "Membudayakan Perpaduan, Meraikan Kepelbagaian"

Berkhidmat Untuk Negara

Yang dipertua 
Sekretariat Rukun Negara
Universiti Pendidikan Sultan Idris

MAKLUMAN

Thursday, October 15, 2009

Kepada nama-nama yang terpilih untuk ke Ibu Pejabat JPNIN, Putrajaya.Anda semua diminta berkumpul di pondok pegawal Kampus Sultan Azlan Shah (KAB & KZ) pada jam 7.00 pagi.Diharap semua peserta dapat menepatai masa.Pakaian adalah formal.Bagi lelaki berbaju kemeja n bertali leher dan perempuan (berbaju kurung.

Harap maklum

Pihak Pengurusan
Sekretariat Rukun Negara
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

LAWATAN KE IBU PEJABAT JPNIN

Berikut adalah senarai nama ahli Perwakilan Sekretariat Rukun Negara yang terpilih untuk menyertai lawatan ke ibupejabat JPNIN pada 16 Oktober 2009 (Jumaat).Tahniah diucapkan kepada semua yang tepilih.

PENGUMUMAN

Tuesday, October 13, 2009

TEMUDUGA RAKAN EXCO
SRN UPSI


 
BAGI MANA-MANA PELAJAR YANG TELAH MENGISI BORANG DAN MENULIS NAMA UNTUK MENYERTAI RAKAN EXCO SEKRETARIAT RUKUN NEGARA UPSI.ANDA DIKEHENDAKI MENGHADIRI SESI TEMUDUGA YANG TELAH DIJADUALKAN SEPERTI DIBAWAH :

TARIKH : 14 & 15 OKTOBER 2009
TEMPAT : TADAHAN SELATAN 7 (TS 7)
MASA : 8 PM – 11 PM
HARI : RABU & KHAMIS

KERJASAMA ANDA SEMUA AMAT DIHARGAI

SENARAI PEMANTAU EXCO YANG BARU

PERUBAHAN TERBARU DALAM SENARAI PEMANTAU EXCO
BERKUATKUASA HARI INI, SENARAI TERKINI MENGENAI PEMANTAU ADALAH MERUJUK SEPERTI DI BAWAH :

EXCO PERHUBUNGAN AWAM & ANTARABANGSA
PEMANTAU : ZULHUSNI (YDP)

EXCO PERPADUAN & INTEGRASI
PEMANTAU : REZUAN (NYDP)

EXCO AKADEMIK & KERJAYA
PEMANTAU : AIEZAD (S/U AGONG)

EXCOSUKAN & REAKREASI
PEMANTAU : PRAVEEN (TIM BEND 2)

EXCO LATIHAN & PEMBANGUNAN SAHSIAH
PEMANTAU : ROSAZIRA (TIM BEND 1),BEH (TIM S/U 2)

EXCO KESENIAN & KEBUDAYAAN
PEMANTAU : RIDZUAN (JURUAUDIT)

EXCO EKONOMI & KEUSAHAWANAN
PEMANTAU : KHAIRI (BENDAHARI)

EXCO PENERBITAN & INFORMASI
PEMANTAU : HANIM (TIM JURUADIT), VASANTA (TYDP)

EXCO KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN
PEMANTAU : ERNIE MARIA ( TIM S/U 1)

UNTUK MAKLUMAN SEMUA EXCO, BERKUATKUASA HARI INI SEBARANG MASALAH & KEMUSYKILAN MENGENAI PROGRAM,AKTIVITI,PAPERWORK DAN SEBAGAINYA BOLEHLAH DIRUJUK KEPADA PEMANTAU.SEBARANG MAKLUMAN AKAN TERUS DIUPDATE OLEH PIHAK PENGURUSAN SRN UPSI


YANG MENJALANKAN TUGAS

PIHAK PENGURUSAN
PERWAKILAN SEKRETARIAT RUKUN NEGARA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

MAKLUMAN KEPADA SEMUA EXCO


PERHATIAN  KEPADA SEMUA EXCO SRN UPSI
1.       Kepada semua exco sila bagi emel anda kepada Pihak Pengurusan Sekretariat Rukun Negara UPSI.Emel anda boleh terus dihantar pada chatbox ataupun terus emelkan kepada srnupsi@gmail.com

2.       Diminta semua exco merencana dan membuat penerangan ringkas mengenai program yang telah dicadangkan exco masing-masing.Tarikh tutup bagi penghantaran  maklumat ini adalah pada 15 Oktober 2009.Penghantaran maklumat boleh dibuat ke emel rasmi  SEKRETARIAT RUKUN NEGARA UPSI (SRN UPSI)

3.       Semua exco diminta membuat terus kertas kerja bagi program-program yang dirancang terutamanya pada semester akan datang.Mohon untuk semua exco rujuk pada pemantau masing-masing dalam sudut penyediaan kertas kerja sekiranya terdapat masalah.

4.       Takwin  lengkap SRN UPSI akan diserahkan kepada semua exco pada perjumpaan terdekat iaitu pada 15 hb Oktober 2009

“MEMBUDAYAKAN PERPADUAN, MERAIKAN KEPELBAGAIAN”


YANG MENJALANKAN TUGAS
PIHAK PENGURUSAN
PERWAKILAN SEKRETARIAT RUKUN NEGARA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS